SEORANG artis kontroversi, Emily Valentine telah dikecam ramai selepas menghasilkan ciptaan termasuk bra dan skirt berharga RM17,000 yang diperbuat daripada burung kakak tua yang sudah mati.
Emily yang menetap di New Zealand mendakwa dia menggunakan kakak tua yang mati akibat kematian biasa atau terlibat dalam kemalangan.
Dia berhasrat untuk menggunakan wang hasil kutipan penjualan barang berkenaan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan binatang.
Bagaimanapun pengkritik menyifatkan tindakannya itu adalah satu penghinaan terhadap hidupan liar.
Koleksi yang dihasilkan Emily kini dipamerkan di Galeri Janet Clayton di Sydney.
“Saya mahu berdepan dengan mereka yang tidak selesa dan mempersoalkan layanan kami terhadap binatang dan burung serta bagaimana kita membezakan haiwan peliharaan, kesayangan dan haiwan perosak,” katanya ketika menjawab kritikan ramai mengenai karyanya itu.
Penjelasan berkenaan bagaimanapun tidak mampu menghentikan kemarahan ramai terutama pencinta alam yang menyifatkan karya ciptaan Emily itu sebagai menjijikkan. – MYNEWSHUB.CC