Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perak Hadapi Tugas Getir...

IPOH - Perak berdepan tugas getir untuk mengekal kedudukan kedua Liga Super Malaysia...

Anwar Jangan Gelojoh Nak...

KOTA BHARU - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Guru Dikait Gurauan Rogol...

KUALA SELANGOR - Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak...

Video: Duit Palsu RM50...

HENDAK belajar cara-cara membuat wang palsu?Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat tempahan paten...

Awang Tengah Bidas Calon Pembangkang PRK Tanjong Datu

LUNDU – Pemangku timbalan presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini membidas dua calon pembangkang yang bertanding pada pilihan raya kecil Tanjong Datu kerana gagal mengemukakan isu lebih bernas dan asli dalam kempen mereka.

Menurut beliau, mereka sekadar cuba mencari nama dan memperjuangkan apa yang telah dilakukan kerajaan negeri selama ini.

“Sia-sia sahaja bagi calon pembangkang mendakwa mereka mampu memberi yang lebih baik atau cuba mencari nama dengan berbuat demikian.

“Mereka juga tidak perlu menyebarkan pembohongan dan mengkritik kerajaan bagi menghasut pemilih supaya tidak memberi undi kepada calon BN Datuk Amar Jamilah Anu,” katanya.

Awang Tengah, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan negeri, berkata demikian ketika merasmikan Program Pengukuhan Perusahaan Industri Makanan di sini hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang mencari penyelesaian terbaik terhadap isu tanah Hak Adat Pribumi (NCR) dan untuk mendapatkan kembali hak negeri ini seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Katanya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan bekas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan kini, pengganti beliau, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, sentiasa memberi keutamaan terhadap isu itu.


Jamilah, 61, balu Adenan, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, dicabar Rapelson Richard Hamit daripada PBDS Baru dan Johnny Aput daripada STAR (Parti Pembaharuan Negeri) pada pilihan raya kecil itu Sabtu ini.

Awang Tengah juga mengucapkan terima kasih kepada parti pembangkang lebih besar seperti PKR dan DAP kerana tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana menghormati Allahyarham Adenan.

Sementara itu, Awang Tengah juga mengumumkan pemberian geran kerajaan sebanyak RM20 juta bagi membangunkan Taman Industri Lundu di tapak permulaan seluas lapan hektar daripada 20 hektar yang diperuntukkan bagi fasa pertamanya.

Beliau berkata tapak itu akan diperuntukkan kepada usahawan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan masing-masing. – BERNAMA

Kategori