Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU-15: Mohamed Khaled Akan...

Kota Tinggi : Melihat kepada asas kekuatan dan sumber yang sedia ada di...

Kes Pengawal Tembak 5...

GEORGE TOWN - Kes pengawal peribadi yang didakwa atas lima pertuduhan cubaan membunuh...

Jualan Mara Digital Cecah...

PUTRAJAYA Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak...

Najib Pengerusikan Mesyuarat MT...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak...

Ayat Fatwa ‘Teruk’ Punca Ditapis Exco DAP P.Pinang?

GEORGE TOWN – Ketika ini masyarakat Melayu Pulau Pinang kecoh dengan pendedahan ‘berani’ Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yussof mengenai kebiadapan DAP terhadap umat Islam.

Antara paling menarik perhatian ialah dakwaan beliau bahawa semua fatwa yang diterbitkan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang perlu dibentang pula kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Komtar untuk diteliti exco DAP.

Walhal sebelum ini waima ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional, fatwa dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang terus dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negeri untuk diwarta secara rasmi.

Benarkah Muhammad Fauzi sengaja mahu memfitnah Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang, apabila membuat kenyataan berkenaan halangan ke atas pihak Jabatan Mufti negeri tersebut untuk membuat fatwa?

Amat meragukan jika dakwaan itu dibuat seorang Pesuruhjaya PAS negeri tanpa sebarang bukti kukuh. Individu yang mengepalai parti Islam tersebut sudah tentu lebih arif tentang sebarang kemungkinan diterima jika berbohong.

Anehnya dakwaan yang mengatakan DAP sengaja mencampuri urusan berkaitan fatwa agama Islam, dinafikan pula hari ini oleh Mufti Negeri, Datuk Wan Salim Wan Mohd. Noor dan bukan mana-mana exco kerajaan negeri sendiri.

Menurutnya, fatwa dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri konon hanya untuk tujuan ‘pemberitahuan’ sebelum ia dihantar pula ke pejabat penasihat undang-undang negeri untuk diperbaiki lagi dari segi gaya susunan ayatnya.

“Ia hanya untuk makluman sahaja. Setakat ini, belum pernah exco halang pewartaan fatwa,” jelas Wan Salim sekali gus mencetuskan tanda tanya berhubung tahap penggunaan bahasa Melayu yang digunakan untuk membuat fatwa.

Ayat Fatwa 'Teruk' Punca Ditapis Exco DAP P.Pinang?
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof.

“Apabila mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa terbaharu, maka ia terlebih dahulu perlu dikemukakan pula ke dalam minit mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri.

“Ia kemudian dihantar kepada pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu baru dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim.


Persoalannya, perlukah fatwa Pulau Pinang dihantar untuk diperbaiki susunan ayat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri? Teruk sangatkah bahasa dan juga susunan ayat yang dibuat oleh ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri itu?

Jika benarlah sebegitu buruk susunan ayat fatwa negeri yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut, maka eloklah seorang pakar bahasa dan juga penulisan karangan ditempatkan segera dalam panel Jabatan Fatwa Pulau Pinang.

Tidak perlulah fatwa berkaitan agama Islam dihantar ke sana ke sini dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal. Ia hanya akan memalukan umat Islam di Pulau Pinang sahaja konon sebagai tidak tahu bahasa ibunda dirinya sendiri!

Dan jika benar Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu tergamak memfitnah kerajaan DAP negeri dan juga Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, maka Ketua Menteri sepatutnya wajar sahaja mengambil tindakan saman terhadap beliau.

Mufti negeri juga boleh mengambil tindakan serupa jika berasakan dirinya berada di pihak yang benar. Tetapi jika benarlah dakwaan Muhammad Fauzi tersebut, maka mufti negeri harus bersedia berhadapan kemurkaan Allah.

Bayangkan beliau tergamak pula membiarkan urusan rasmi berkaitan isu agama Islam diperalatkan oleh kaum kafir dan seolah-olah berani menghina martabat Yang di-Pertuan Agong sendiri! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

2012 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang | Corporate Video from white balance penang on Vimeo.

Kategori