Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Miri: OKU Tak Sabar...

MIRI - Bagi Alexander Jaya, 34, memiliki rumah sendiri adalah satu impian apatah lagi kini masuk 17 tahun menyewa rumah dengan kadar RM350 sebulan.Harga rumah yang...

UMNO Kumpul Bukti Sebelum...

KOTA BHARU - Sekretariat UMNO akan mengumpul bukti secukupnya sebelum mengambil sebarang keputusan...

Penyelia Selenggara Bangunan Maut...

KOTA KINABALU - Seorang penyelia selenggara bangunan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat...

K’jaan Pusat Ambil Alih...

PORT DICKSON - Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak...

Azmin ‘Tertekan’ Isu Skandal Skim Mesra Usia Emas

KLANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperlihatkan dirinya habis tertekan apabila melenting ketika ditanya pemberita mengenai isu Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Timbalan Presiden PKR itu sebaliknya bertindak ‘melepaskan geram’ kepada UMNO yang langsung tiada kena-mengena dengan isu songlap dana rakyat Selangor serta petugas media yang membuat liputan kes skandal itu.

Malah, beliau memperlekehkan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang membuat laporan mengenai isu penyelewengan tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Portal tempatan AgendaDaily melaporkan Azmin sebagai berkata: “Dia (Jamal) boleh dakwa apa sahaja, seribu satu macam dia boleh dakwa (korupsi kerajaan Selangor). Itulah perangai UMNO yang hodoh, bankrap dan tiada prinsip.

“Kita menyerahkan perkara ini kepada SPRM untuk siasat,” kata beliau dengan penuh berdolak-dalik menukar topik selepas diasak teruk berulang kali oleh ramai pemberita ketika ditemui pada Program Smart Trak di sini Jumaat.

Pada Khamis, Jamal mendedahkan bahawa ada sembilan ahli parlimen pembangkang luar Selangor mendapat faedah daripada dana dikhususkan sebagai khairat kematian untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Susulan pembongkaran kes berkenaan, Jamal bertindak pantas melaporkan isu songlap SMUE kepada pihak SPRM dan langkah berani beliau tersebut menerima sokongan pelbagai pihak yang marah dengan skandal rahsia itu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang dilihat begitu berang dengan pertanyaan bertalu-talu daripada pemberita bertindak lucu apabila mempersoalkan kembali kenapa isu tersebut perlu disiarkan pula oleh media tempatan.

“Macam mana media melaporkan? Adakah tidak segan? Banyak lagi perkara boleh diperkatakan contohnya masalah rakyat dan ekonomi? Jangan beri ruang pada individu bankrap seperti ini. Bincanglah isu masyarakat,” bebelnya.

Sementara itu, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dicabar mendedahkan senarai penerima SMUE yang didakwa telah berjaya disalahgunakan oleh beberapa pemimpin bukan Muslim PKR dan DAP secara rahsia.


Pengerusi Rejim Ubah Selangor, Jefrizal Jaafar berkata, SMUE melibatkan peruntukan besar iaitu hampir RM200 juta pada tahun lalu dan pendedahan oleh Jamal telah mencetuskan kebimba­ngan dalam kalangan rakyat sendiri.

Menurutnya, apa yang menimbulkan kemusykilan ialah kerajaan Selangor selama ini hanya berani mendedahkan tentang jumlah disalurkan kepada setiap daerah tetapi tidak pernah mendedahkan senarai penerima skim itu.

“Kita sebagai orang awam di Selangor hendak juga tahu betul ke atau tidak duit peruntukan besar untuk SMUE yang selama ini terpaksa menggunakan wang rakyat marhaen itu benar-benar sampai kepada penerima sasarannya.

“Kita tidak mahu dana itu digunakan orang politik demi kepentingan sendiri atau parti politik,” tegasnya. Sementara itu, Ahli Majlis Syura Pertubuhan Jalur Tiga Malaysia, Norman Toha mahu SPRM menyiasat segera dakwaan itu.

Katanya, peruntukan SMUE adalah adalah daripada hasil wang rakyat dan ia melibatkan satu jumlah yang besar, tetapi rakyat Selangor sendiri pun tidak jelas dengan ketelusan cara pengagihan dananya selama ini.

“Perkara sama pernah berlaku beberapa tahun lalu di kawasan Parlimen Kapar sehingga menyebabkan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu yang dilantik sendiri oleh kerajaan negeri pun terpaksa ditukar.

“Saya ada terima aduan beberapa penerima SMUE hanya dapat RM1,000 daripada RM2,500 jumlah sepatutnya. Siasatan segera perlu dijalankan dan dokumen bukti songlap itu juga telah dise­rahkan kepada SPRM,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori