Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Lega Harga Kit...

SHAH ALAM - Rata-rata individu berpendapatan sederhana menerima baik keputusan penguatkuasaan harga siling...

Bayar Balik Segera Wang...

KUALA LUMPUR : Semua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada...

Halang Penjawat Awam: Lelaki...

PETALING JAYA – Gara-gara menyembur cecair pemedih mata ke arah seorang penguat kuasa...

Jabatan Meteorologi Keluar Lagi...

PETALING JAYA : Jabatan Meteorologi sekali lagi mengeluarkan amaran ribut petir dan kali...

Bahan Kimia Pembunuh Dijumpai Di Muka Jong-nam

KUALA LUMPUR – Bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam atau Kim Chol dikenal pasti sebagai ‘VX Nerve Agent’ yang disenarai senjata kimia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini Jumaat berkata, ini dinyatakan dalam laporan awal analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia yang diterima Polis Diraja Malaysia.

Bahan Kimia Pembunuh Dijumpai Di Muka Jong-nam

Beliau berkata Pusat Analisis Senjata Kimia jabatan itu telah melakukan analisis ke atas beberapa eksibit merangkumi dry swab – eye mucosa dan dry swab – face.

“Hasil analisis bahan uji terlibat dikenal pasti sebagai ethyl S-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate atau VX Nerve Agent‘,” katanya.

VX, kata Khalid, disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

Menurutnya, beberapa eksibit lain bagaimanapun masih lagi dalam proses analisis. Mengikut laman perubatan, VX adalah salah satu senjata kimia sintetik yang menyerang sistem saraf.


Ia memiliki bentuk cair dan berminyak, tidak berasa selain tidak berbau serta hanya 10 miligram sahaja pada kulit cukup untuk membunuh orang.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau.

Mangsa kemudian diserang dua wanita asing didakwa menyapu muka dirinya dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Kategori