Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar: Politeknik...

SHAH ALAM - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Sabak Bernam membenarkan 4,600...

Kesal Nilai Barang Rampasan...

KESAL... Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan gambaran nilai...

Misteri Kemunculan Ikan Lumba-Lumba

TOKYO – Kemunculan lebih 150 ekor ikan lumba-lumba Melon-head di pantai negara ini...

AlHijrah Big Studio Jenama...

KEMUNCULAN AlHijrah Big Studio (ABS) di Cyberjaya bakal memulakan momentum baharu ke arah...

“Bakar Kamu Sampai Mati” – Lelaki Sakit Mental

HONG KONG – Seorang pelancong wanita Taiwan antara tiga mangsa yang kritikal akibat serangan waktu sibuk dipercayai menggunakan molotov cocktail pada petang Jumaat lalu dalam pada seorang lelaki dipercayai mengalami sakit mental ditahan untuk siasatan.

Seramai 18 orang cedera dalam kejadian jam 7.15 malam itu dan polis menolak kes itu ada kaitan dengan serangan pengganas, sebaliknya mengesyaki keadaan mental suspek.

Suspek dikenal pasti sebagai Cheung, 60, sudah ditahan polis.

Rakaman video kejadian menunjukkan keadaan kelam-kabut di platform stesen Tsim Sha Tsui yang dipenuhi orang ramai manakala satu gerabak dijilat api manakala seorang lelaki terbaring dengan pakaiannya terbakar.

Menurut laporan, suspek bergaduh dengan keluarganya dan pernah ditangkap kerana jenayah kecil seperti berjudi.


Akhbar South China Morning Post melaporkan, lelaki itu cuba menyalakan molotov cocktail sambil menjerit ‘bakar kamu sampai mati.’

Kejadian seperti itu amat jarang berlaku di bandar berkenaan yang terkenal dengan rangkaian pengangkutan awam selamat serta cekap. – AFP/myMetro Online

Kategori