Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ulama Tersohor Meninggal Dunia

SEREMBAN - Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz...

150 Ahli Keluarga Diraja...

RIYADH - Sekurang-kurangnya 150 ahli keluarga diraja Arab Saudi dijangkiti koronavirus (Covid-19) sejak...

100 Peratus Kakitangan Projek...

100% Kakitangan Projek ECRL Telah Divaksin

Video: Pemandu Bas Selamat...

TINDAKAN pantas seorang pemandu bas di Nanjing yang menghalang seorang wanita daripada membunuh...

Banduan Gembira Diberi Peluang Bertemu Keluarga

GEORGE TOWN – Rasa syukur, terharu dan gembira. Itu luahan rasa dalam kalangan banduan yang diberi peluang untuk bertemu keluarga pada program Majlis Jalinan Kasih anjuran Unit Pemulihan Penjara Reman Pulau Pinang hari ini.

Sebanyak enam banduan, berdasarkan kriteria berkelakuan baik, dipilih menyertai program itu yang diadakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Krismas lepas.

Banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Raj, 43, berterima kasih kepada pihak penjara yang memberinya peluang untuk menyertai program itu buat pertama kalinya sejak dipenjarakan pada 2008.

“Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kepada pihak penjara kerana memberi saya peluang meluangkan masa dan menyambut perayaan Krismas dengan keluarga saya,” kata banduan akhir yang dipenjarakan bagi kesalahan mengedar dadah.

Raj yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, berkata, dia insaf atas kesilapannya.

Seorang lagi banduan, Lee, 33, turut menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur kerana berpeluang untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bersama keluarganya.


Lee yang turut diberi peluang untuk berucap dalam majlis itu berkata, dia ingin memohon ampun atas kesilapannya dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Pengarah penjara berkenaan, Tey Hock Soon berkata, matlamat utama program itu adalah memberi peluang kepada banduan yang berkelakuan baik bagi memupuk jalinan kasih sayang dengan keluarga masing-masing.

Beliau berkata program berkenaan juga untuk memberi mesej kepada rakyat bahawa banduan harus diberi peluang kedua untuk kembali kepada keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat. – BERNAMA

Kategori