Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ikuti Kempen Haji IG...

MUSIM haji kini tiba lagi... Menunaikan ibadah panggilan Baitullah. Tanah Suci Makkah Al Mukaramah. Suasana...

Letak Tanda Harga, KPDNKK...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi peringatan terakhir...

Kementerian Pendidikan Tinggi Tiada...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini menolak dakwaan bahawa pihaknya terbabit dengan...

2 Rentung Dalam Teksi...

NIBONG TEBAL - Dua orang ditemukan rentung di dalam sebuah teksi selepas kereta...

Bangla Buat Hal Enggan Izin Flotila Ke Myanmar Berlabuh

SELAT MELAKA – Cabaran terbaharu dihadapi oleh misi Flotila ke Myanmar makin sukar apabila mendapat khabar buruk daripada kerajaan Bangladesh, menurut portal AgendaDaily hari ini.

Ia susulan tindakan kerajaan Asia selatan itu secara tiba-tiba menarik balik kebenaran pada kapal mereka, Nautical Aliya daripada berlabuh di pelabuhan Teknaf untuk menghantar bantuan kepada pelarian Rohingga.

Teknaf ialah pelabuhan kecil dalam wilayah selatan Bangladesh yang bersempadan dengan wilayah Rakhine di Myanmar di mana terdapat ramai etnik Rohinga serta kem pelarian.

Keputusan berkenaan dimaklumkan oleh pejabat Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka ketika kapal berkenaan berlayar masuk ke perairan Myanmar Selasa.

Kerajaan Bangladesh sebaliknya hanya membenarkan kapal flotila itu berlabuh di Pulau St. Martin, Kutubdia atau Chittagong.

Dalam pada itu kesemua 184 sukarelawan dari 12 negara dalam misi flotila itu juga tidak dibenarkan turun ke darat atas faktor keselamatan di kem pelarian.

Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata pada wartawan dalam kapal itu keputusan Bangladesh ini akan menjadi masalah besar kepada flotila.

Beliau berharap kerajaan Bangladesh mempertimbangkan kebenaran untuk sukarelawan turun ke daratan.


Misi flotila anjuran KP1M dan MAPIM yang disokong NGO ASEAN dan antarabangsa itu membawa 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan.

Ikut rancangan asal flotila akan berlabuh dulu di Yangon untuk turunkan bantuan yang akan dihantar melalui jalan darat ke Sittwe dan kemudian belayar arah utara ke Teknaf di Bangladesh.

Bangladesh sebelum ini dilaporkan membenarkan Nautical Aliya berlabuh di Teknaf dan bersetuju memberi visa ketibaan (VOA) kepada sukarelawan flotila.

Kini selain dari tidak benarkan berlabuh di Teknaf dan bagi tiga pelabuhan alternatif, Bangladesh juga mengenakan syarat-syarat tambahan jika hendak turunkan bantuan termasuk mahu tarikh luput ubat-ubatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori