Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Jawab Guan Eng...

DARI FB NAJIB RAZAKLIM Guan Eng keluarkan kenyataan media hari ini untuk bertegas...

Pihak Terlibat Curi Air...

LUMUT - Kerajaan negeri Perak melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan mendakwa beberapa...

Dakwaan Muhyiddin Langgar Arahan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipakaikan gelang pengawasan COVID-19 oleh...

Suhakam Kesal Syed Saddiq...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal Menteri Belia dan Sukan,...

Banjir: Bantuan Diputuskan Selepas Keadaan Pulih

PEKAN – Bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu akan diputuskan selepas keadaan pulih sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata tempoh masa itu diperlukan berikutan keadaan cuaca masih tidak menentu.

Penyaluran bantuan juga perlu diperhalusi kerana terdapat dua kategori mangsa iaitu mereka yang berada di pusat pemindahan sementara dan mereka yang kekal di rumah walaupun dilanda banjir, katanya.

“Kita ada kesulitan sedikit kerana ada orang yang anggap diri mereka sebagai mangsa tapi tidak berpindah. Jadi mereka ini tidak didaftarkan menyebabkan susah untuk diberikan bantuan seperti wang ihsan.

“Oleh itu, kita mahu tengok perkara ini dahulu dalam tempoh masa menunggu keadaan cuaca bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan sementara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai di sini, hari ini.

Turut serta isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan mereka meluangkan masa hampir setengah jam beramah mesra dengan penduduk dan meninjau persiapan menyediakan makan malam di situ.

IKBN itu menempatkan 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga yang majoritinya dipindahkan ke situ selepas pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Temai di sini yang menjadi ‘rumah sementara’ mereka dinaiki air, Isnin lalu.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak meminggirkan mangsa banjir yang tidak berpindah dengan memastikan bekalan makanan diberikan mereka.


Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkaitan masih tetap berusaha memujuk mangsa banjir itu berpindah bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan dan juga atas faktor keselamatan.

Najib yang turut meninjau pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kinchir dan Balai Raya Tanjung Lepar di sini hari ini, berkata beliau berpuas hati dengan pengurusan dan penyaluran sumbangan di pusat berkenaan.

“Pengurusan banjir di Pekan berjalan baik dan sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan adalah selaras seperti bantuan makanan yang diterima adalah melebihi daripada biasa.

“Bermaksud mereka ini tidak ada menu (ikan) sardin setiap hari tapi ada ayam dan daging sebagai hidangan.

“Saya sebagai anggota Parlimen memang sangat berpuas hati dan berdoa cuaca akan bertambah baik supaya mereka boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori