Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Kambing Muka Pelik,...

GAMBAR seekor anak kambing yang dilahirkan dengan muka pelik telah menjadi tular. Mamalia...

Wanita Maut Dalam Kebakaran...

PEKAN – Seorang wanita maut akibat sesak nafas dalam kebakaran di sebuah bengkel...

MAFI Nilai Kerugian Akibat...

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang dalam proses menilai kerugian sektor...

Pakistan Haramkan Filem Bollywood

KARACHI - Pakistan mengarahkan panggung wayang di seluruh negara supaya tidak menayangkan filem...

Bantah RUU355 Kerana Perjuangkan Sekular, Liberal!

KUALA LUMPUR – Mereka menentang cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bukan kerana takut dengan isi pindaan akta itu yang akan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, golongan itu sebaliknya bimbang jika konsep sekular, liberal, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam yang diperjuangkan mereka di Malaysia selama ini akan terjejas.

“Mereka takut bukan kerana isi pindaan akta ini. Ia kecil dan tak pun menyentuh mereka walau sedikit. Hidup mereka akan kekal aman seperti biasa.

“Tetapi, yang mereka takutkan ialah ‘produk’ mereka tidak lagi akan laku dan laris. Sekular, liberal, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama semuanya akan menuju kubur dan dikambus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Usaha untuk meminda Akta 355 oleh PAS di Parlimen dikecam gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan mendakwa usul yang dibentangkan oleh PAS itu merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hudud yang menindas, zalim, kuno dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan mengadakan ceramah di seluruh negara meminta rakyat menolak pindaan Akta 355.


Malah, Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengecam cadangan meminda Akta 355 dengan mendakwa hukum hudud sebenarnya dipermainkan oleh PAS untuk kepentingan politik.

Sehubungan itu, PAS mengadakan Himpunan 355 di ibu negara yang disertai puluhan ribu peserta bagi menunjukkan sokongan umat Islam ke atas usaha berkenaan.

Nik Mohamad Abduh berkata, pihak yang menentang cadangan meminda Akta 355 itu sebenarnya takutkan kesatuan umat Islam di negara ini yang boleh menjejaskan kepentingan mereka.

“Dengannya, perancangan buruk mereka ke atas umat Islam akan pecah terburai dan gagal,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori