Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut Kapal Dayang...

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas...

Trafik Filipina Dan Indonesia...

TEL AVIV - Selama ini mungkin ramai anggap memandu kereta di Jakarta, Indonesia...

Belia Diminta Tidak Sertai...

SIEM REAP (Kemboja) - Golongan belia diminta untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0...

Tengkujuh: Ada Nelayan Masih...

KUALA TERENGGANU - Hanya sebahagian kecil daripada 8,200 nelayan di Terengganu masih turun...

Bantahan Uber Lumpuh Pengangkutan Awam Kenya

MOMBASA – Lebih 300 pemandu teksi Uber di Kenya, Mombasa mengadakan bantahan susulan pengurangan pendapatan dan menuntut pihak pentadbiran mengkaji semula kadar tambang.

Tindakan pemandu teksi terbabit sekali gus menyebabkan operasi pengangkutan awam di negara itu lumpuh.

Pemandu berhimpun di kawasan rekreasi Mama Ngina dan mengugut untuk berhenti jika pihak pengurusan tidak melayani tuntutan mereka.

Pengerusi Kumpulan Rakan Perkongsian Uber Mombasa, Evanson Mbugua dan rakan sejawatannya dari Persatuan Pemandu Uber, James Maganga berkata dengan pendapatan diperolehi sekarang sukar pemandu menampung kos penyelenggaraan kenderaan dan membayar pinjaman bank.

Mbuga berkata pada permulaan menyertai Uber pada Febuari tahun lepas pemandu boleh memperolehi pendapatan AS$29 sehari tetapi sekarang bagi mendapatkan AS$9.64 sehari adalah amat sukar.

“Kami telah mengemukakan rungutan kepada pihak pengurusan di Nairobi. Kami berkumpul hari ini untuk memberitahu kepada pengurusan jika rungutan tidak dilayan kami akan berhenti,” kata Mbugua.


Menurut Maganga, semua pemandu Uber membayar harga minyak yang sama dan perlu menyelenggara kenderaan.

Pemandu Uber mendakwa teksi Tuk-Tuk boleh mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding teksi Uber yang dilengkapi penghawa dingin.

Syarat khas menjadi pemandu Uber ialah kenderaan perlu dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan penumpang. – BERNAMA

Kategori