Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dapatkan Nasihat Undang-Undang Bersihkan...

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul...

RM299 Juta Peruntukan Program...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM299 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2020 untuk melaksanakan...

Donald Trump Ejek Hillary...

WASHINGTON - Calon pendahulu Presiden Republikan, Donald Trump melabel Hillary Clinton sebagai 'meloyakan'...

Sombong ‘Tahap Dewa’? Ismail...

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu dia lebih mengenali dirinya dan tidak akan bersikap sombong...

Bantuan Keagamaan DAP Berkonsep Negara Sekular?

KUALA LUMPUR – Bantuan aktiviti keagamaan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada umat Islam di negeri itu sebenarnya mirip kepada konsep sebuah negara sekular.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata bantuan aktiviti keagamaan oleh negara sekular diberikan asalkan tidak membabitkan aspek politik.

Menurut beliau, sebarang perlaksanaan hukum syariah Islam khususnya hudud pula sama sekali tidak akan dibenarkan untuk dilaksanakan di negara sekular.

Malah isu itu turut ditegaskan Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong iaitu Sheikh Omar Ali pada 8 September 2015 berbunyi: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”.

“Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi sebenarnya bercanggah dengan definisi Islam iaitu satu cara hidup,” jelask Kamarul Zaman menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Kenyataan tersebut kemudian disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan bahawa DAP yang mengetuai Pakatan Harapan sebenarnya memang anti-Islam.

Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mempertahankan DAP daripada dakwaan anti-Islam tersebut.


Mereka mendakwa kononnya DAP berjaya memperkasakan Islam di Pulau Pinang dengan menaikkan sedikit elaun kakitangan masjid dan sebagainya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengancam mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Abdul Hadi kerana didakwa kononnya memfitnah parti itu.

Kamarul Zaman dalam pada itu berkata, beliau tidak percaya DAP akan meneruskan tindakan ke atas Presiden PAS.

“Tidak pelik jika ugutan Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi akan tinggal sebagai ugutan semata-mata.

“Kit Siang pernah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 April 2013 dan 1 Januari 2016 tetapi ternyata ia ugutan kosong,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori