Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Wanita Antara Tiga...

TAIPING - Polis menumpaskan kumpulan Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang...

Sukan SEA: PSM Tidak...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil di...

Gambar: Masjid-Masjid Sementara Umat...

Di Itali, umat Islam di sana dianggarkan seramai 1.5 juta tetapi hanya ada...

PAFA Akan Rayu Hukuman...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat rayuan susulan keputusan Jawatankuasa...

Bapa Campak Anak Untuk Belajar Renang

INI adalah cara belajar renang yang paling ekstrem yang diajar oleh seorang bapa kepada anaknya, yang baru berusia beberapa tahun.

Dalam video yang dirakamkan di China ini, lelaki terbabit cuba memaksa anaknya berenang di sebuah tasik namun kanak-kanak berkenaan ternyata dalam ketakutan.

Disebabkan anaknya itu enggan turun ke dalam air, dia telah mengambil tindakan drastik dengan mencampakkan kanak-kanak lelaki itu ke dalam air.

Kanak-kanak itu kemudiannya dilihat terpaksa bergelut untuk memastikan dia dapat bertahan dalam air berkenaan.

Tidak diketahui sama ada kanak-kanak itu berjaya belajar berenang atau tidak kerana video berkenaan hanya beberapa saat sahaja.


Namun ia cukup untuk menyebabkan netizen berasa marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Ia juga mengakibatkan lelaki berkenaan mendapat kecaman ramai. Tarikh dan lokasi tempat itu bagaimanapun tidak didedahkan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori