Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Bimbang Ekonomi Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan ekonomi Malaysia berdepan dengan...

Iklan Binaan Kubur Kaler...

SEORANG pengguna Facebook menerima reaksi bercampur daripada pelbagai pihak apabila memuat naik gambar kubur berwarna...

Adam Berdepan Tindakan Disiplin...

KUALA TERENGGANU - Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly mungkin berdepan...

Rina Minta Polis Segera...

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat...

Bas Elektrik Pertama Akan Beroperasi Oktober Nanti

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bakal menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di negara ini menggunakan bas elektrik yang dijangka beroperasi mulai Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata sebuah bas elektrik yang bernilai RM1.8 juta sumbangan Kerajaan Jepun itu akan beroperasi di sekitar bandar Taiping ke kawasan laluan Jejak Warisan di sini sejauh 11.5 kilometer.

Beliau berkata bas yang menggunakan teknologi hijau mesra alam sekitar itu boleh memuatkan 60 orang penumpang.

“Bas berkenaan akan menjadi ikon dalam usaha menarik kemasukan pelancong ke bandar ini. Kadar tambang bas tersebut akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Darat Malaysia (SPAD) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Perjanjian Persefahaman bas berkenaan antara MPT, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan PUES Corporation Japan di sini, hari ini.

JICA diwakili oleh Wakil Kanan Fukazawa Shinsaku, MPT (Yang Dipertua Datuk Abdul Rahim Md Ariff), NCIA (Ketua Eksekutif Datuk Redza Rafiq Abdul Razak) dan PUES oleh Pengarahnya Izumi Miyashita.

Tambah Mohamad Zahir, dua buah stesen iaitu di Zoo Taiping & Night Safari dan MPT akan menjadi stesen pengecas elektrik bas berkenaan.


Sementara itu, Redza Rafiq berkata ‘Greater Kamunting’ dijangka dapat memberikan sumbangan dalam unjuran pendapatan kasar berjumlah RM12.6 bilion menjelang 2030.

Tambahnya, sebanyak 90,263 peluang pekerjaan juga akan diwujudkan di kawasan ‘Greater Kamunting’.

“Ini kerana pembinaan kepesatan pelaburan termasuk pembinaan kilang baharu dan sistem pengangkutan yang efisyen menjadikan kawasan itu dapat dibangunkan sejak 2015,” katanya.

Menurut beliau sebanyak 66 insiatif disediakan di ‘Greater Kamunting’ dalam usaha perancangan pembangunan yang holistik. – BERNAMA

Kategori