Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Vaksin COVID-19 Menunjukkan Keberkesanannya

LABUAN - Saya menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 pada 20 Mac, iaitu 21...

Tengku Permaisuri Selangor Ziarah...

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menziarahi bayi lelaki...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan...

Akibat RM722 Juta, IS...

BEIRUT – Ketika dunia Islam mengutuk keras majalah satira biadap Perancis, Charlie Hebdo,...

Bayi Lelaki Usia 6 Bulan Maut Tersedak Susu

TUMPAT – Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang juga anak kepada artis dikir barat popular Kelantan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam dikatakan baru sahaja diberikan susu oleh ibunya Syahima Idayu Akma Mohd Alwi, 26, atau lebih dikenali sebagai Rosalinda di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas.

Menurut adik kepada Rosalinda, Syaifful Ashraf Mohd Alwi, 22, kakaknya meninggalkan bayi tersebut tidur di dalam sebuah bilik selepas diberi minum susu.

“Kakak keluar (dari bilik) dan mengemas ruang tamu rumah selepas menyusukan anaknya, namun apabila dia masuk semula ke bilik itu untuk menjenguk anaknya, beliau mendapati muka Muhammad Adam Rayyan sudah berubah menjadi kebiruan,” katanya kepada pemberita di rumah ibunya di Kampung Sungai Pinang di sini.

Beliau berkata anak saudaranya itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas tetapi pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.

Syaifful Ashraf berkata mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang malam ini.


Rosalinda yang masih trauma dengan kejadian itu enggan ditemu bual.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Ismail Jusoh mengesahkan kejadian tersebut dan tiada unsur jenayah.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tersedak susu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori