Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 54 Penagih...

KUALA TERENGGANU - Polis menahan 54 pengedar dan penagih termasuk 41 suspek yang...

Pengusaha Kosmetik Bersaing Dalam...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kosmetik tempatan perlu merebut peluang untuk bersaing dalam pasaran...

Banjir Lumpur: 19 Pendaki...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur...

Saran Wujud Banyak Taska...

KUALA LUMPUR - ZuriatCARE menyarankan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri...

Bekalan ‘Food Flotilla For Myanmar’ Dirampas Bohong

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA – Dakwaan kononnya 500 tan metrik bekalan makanan dan keperluan yang dihantar di pelabuhan Yangon, Myanmar menerusi misi kemanusiaan ‘Food Flotilla For Myanmar’ telah dirampas adalah tidak benar.

Ketua misi kemanusiaan itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bekalan berkenaan kini berada di gudang pelabuhan dan dalam proses penghantaran kepada masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.

Beliau berkata proses penghantaran menggunakan kapal ke wilayah itu mengambil masa kira-kira tiga hari.

“Penghantaran akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan rakyat Malaysia jangan percaya khabar angin kononnya barang ini dirampas. Ia palsu semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas meninjau latihan pembedahan oleh pasukan perubatan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan di laman sosial kononnya bekalan itu dirampas oleh tentera Myanmar.

Kapal Nautical Aliya pada Khamis berlabuh di pelabuhan Yangon untuk menghantar bantuan untuk manfaat komuniti Rohingya di negara itu, sebelum meneruskan pelayaran ke Chittagong.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata pihaknya akan memastikan bekalan yang dihantar akan diterima oleh masyarakat Rohingya di Rakhine.

“Penghantaran bekalan ini akan dipantau Duta Malaysia di Myanmar, Mohd Hanif Abdul Rahman untuk memastikan ia sampai kepada masyarakat Rohingya.

“Difahamkan negara lain juga sedang menghantar bantuan dan kerajaan Myanmar sedang kemas kini semua bantuan ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah pihaknya telah memperoleh visa ketibaan dari kerajaan Bangladesh, beliau berkata visa ketibaan untuk sukarelawan turun ke darat dan ke kem pelarian masih belum diperoleh.


“Kita masih belum dapat kelulusan untuk sukarelawan turun ke kem pelarian dan saya telah maklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“InsyaAllah, kita akan usahakan yang terbaik dan harap rakyat Malaysia doakan kita dapat turun dan salurkan bantuan,” katanya.

Abdul Azeez berkata setakat ini, pihaknya dimaklumkan Tentera Laut Bangladesh akan mengiringi kapal Nautical Aliya ke Chittagong.

Misi yang masuk hari ke-10 itu membawa lebih 2,000 tan makanan, keperluan perubatan, barang keperluan harian serta pakaian dan selimut.

Food Flotilla for Myanmar anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu disertai 184 sukarelawan dari 12 negara.

Ia merangkumi pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa serta wakil pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Kategori