Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MAFI Beri Jaminan Barangan...

GURUN : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan barangan keperluan...

Neelofa Tak Kecil Hati...

PELAKON Neelofa tidak berkecil hati apabila ada antara peserta program Maharaja Lawak Mega...

Pendaki Cedera Dipanah Petir...

KUANTAN - Seorang pendaki yang cedera selepas dipanah petir semasa mendaki Gunung Rajah...

5 Nelayan Indonesia Ditahan...

GEORGE TOWN - Sebuah bot bersama lima nelayan Indonesia ditahan pada kedudukan 33.5...

Bekas Pemandu Kastam Ditahan Terima Rasuah

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang lelaki semalam kerana menerima rasuah bernilai RM2,500 dengan menyamar sebagai pegawai kastam.

Lelaki berumur 52 tahun itu ditahan selepas menerima wang suapan daripada seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng, dekat Batu Pahat, kira-kira pukul 2.30 petang.

Difahamkan, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam dan meminta mangsa yang merupakan peniaga membayar wang berjumlah RM2,500 supaya tidak mengambil tindakan terhadap kedainya di Paloh, Kluang kerana menjual rokok dan arak tanpa cukai sah daripada kastam.

Lelaki tersebut yang merupakan bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia didapati sudah dibuang kerja, tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.


Beliau berkata pihaknya akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kluang, esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Kes berkenaan katanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori