Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pelajar Simpan Syiling Pinang...

PETALING JAYA - Muridku suamiku… cikguku isteriku, sekali dengar macam tajuk drama Melayu...

2 Pemandu Maut Kereta...

DUA pemandu kereta maut dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12.3,...

Kerajaan Bantu Hapus Hutang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka...

Peruntukan Kepada Sabah Melebihi...

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan kepada Sabah meningkat...

Bekas Perogol Bersiri Diharam Masuk Ke Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah telah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar daripada memasuki negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata lelaki berusia 56 tahun itu tidak diterima negeri itu kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh mengambil risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak secara bebas. Kami perlu melindungi rakyat kami,” kata Musa dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya Jabatan Imigresen Negeri telah diarah menguatkuasakan larangan itu dengan serta-merta.


Selva Kumar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Pihak berkuasa Kanada mengusir pulang lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu selepas dibebaskan pada 29 Jan lepas. – BERNAMA

Kategori