Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tudung Manik Nabila Razali...

PERKONGSIAN rakaman nyanyian Nabila Razali bersama kumpulan The Lomas yang dianggotai Amira Othman,...

Enam Wartawan The Star...

KUALA LUMPUR - Enam wartawan akhbar The Star muncul sebagai pemenang Hadiah Kajai...

UMNO Jamin Tidak Tumpang...

JOHOR BAHRU - UMNO memberi jaminan tidak akan 'menumpang' kehebatan dan kekuatan Pas...

Harimau Malaya Tunduk Kepada...

KUALA LUMPUR - Malaysia bermain bertungkus lumus namun Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul...

Benarkah Bangsa Johor Ada Kad Pengenalan Sendiri?

KECOH di media sosial hari ini apabila beberapa keping gambar tersebar memperlihatkan kononnya rakyat Johor kini boleh memohon kad pengenalan unik bertujuan membuktikan bahawa mereka adalah Bangsa Johor.

Setakat berita ini ditulis Mynewshub, sudah ribuan kali gambar-gambar berkenaan diretweet.

Kad berkenaan dikatakan memiliki wajah pemegang, nombor Mykad, cip, logo Visa dan nama pemilik.

Benarkah Bangsa Johor Ada Kad Pengenalan Sendiri?

Selain itu, disertakan juga gambar borang yang perlu diisi pemohon.

Namun, kad itu tidak diberikan secara percuma kerana pemohon perlu membayar RM30 untuk mendapatkannya.

Benarkah Bangsa Johor Ada Kad Pengenalan Sendiri?


Benarkah Bangsa Johor Ada Kad Pengenalan Sendiri?

Setakat ini belum dapat disahkan andai benar kad pengenalan Bangsa Johor itu benar-benar wujud atau hanya gambar-gambar rekaan sahaja yang tersebar.

Rasanya, ini tindakan ambil kesempatan oleh kumpulan tertentu yang mahu mendapatkan wang dengan menyalah gunakan idea Bangsa Johor.

Konsep Bangsa Johor adalah identiti politik Johor menjurus kepada perpaduan selain menyatukan perbezaan bangsa, agama dan keturunan menjadi satu identiti yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman serta toleransi, seperti yang pernah diperjelaskan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori