Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nilai Kehidupan Perlu Dipupuk...

KUALA PILAH - Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai kehidupan yang baik bermula...

Imigresen Tidak Iktiraf Skuad...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menyambut baik sebarang maklumat berkaitan pendatang asing tanpa...

3 Maut, Seorang Cedera...

KUALA LUMPUR - Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah...

Pelajar Maut Motosikal Dirempuh...

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga maut apabila motosikal dinaikinya bersama-sama dua yang...

Beraksi Sebagai Gadis Jepun, Karlie Mohon Maaf

SUPERMODEL terkenal, Karlie Kloss memohon maaf selepas aksinya menggayakan diri sebagai seorang gadis Jepun menerusi sesi penggambaran muka hadapan Vogue edisi Amerika Syarikat keluaran Mac 2017 dikecam netizen.

Foto yang menunjukkan Karlie bergaya dalam persalinan gadis geisha menerima kecaman susulan dia menggayakan pakaian yang bukan dari susur galur keturunannya.

“Gambar-gambar yang saya ambil merupakan satu ‘pencemaran budaya’ yang mana saya langsung tak sensitif dengan menggayakan pakaian yang tiada kena-mengena dengan keturunan saya.

“Tujuan saya adalah untuk sentiasa memberikan inspirasi kepada setiap wanita, selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” luahnya dalam laman mikro Twitter.

Penggambaran itu dilakukan demi meraikan diversiti budaya dan kaum di kalangan wanita seluruh dunia.

Selain menggayakan pakaian geisha, Karlie juga dilihat bergambar dengan seorang ahli sumo dalam seleksi aksinya itu.


Jika di Malaysia, kita terbuka bila mana gadis Melayu boleh berpakaian cheongsam dan sari dan begitu juga sebaliknya.

Namun begitu nampaknya pemikiran sesetengah masyarakat dunia masih lagi ‘sempit’ bila mana menghalang seseorang individu itu untuk menggayakan pakaian yang ‘lari’ daripada susur galur keturunannya.

Macam-macam hal… – MYNEWSHUB.CC

Kategori