Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tan Sri SM Salim...

BIDUAN Negara, Tan Sri Dato SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh...

Jemaah Haji Malaysia Istimewa...

MAKKAH — Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman Abdul Aziz Al-Sudais meluahkan rasa gembira...

Serpihan Dari Mozambique Kini...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan ditemukan di Mozambique tiba di Australia pagi Ahad...

UMNO: Di Manakah Tengku...

PEREBUTAN jawatan Presiden UMNO  30 Jun ini diramal sengit memandangkan tiga calon utamanya...

Beri Maklum Balas Mengenai Perkhidmatan MRT

KUALA LUMPUR – Pengguna Transit Aliran Massa (MRT) digalakkan memberi maklum balas mengenai perkhidmatan pengangkutan awam itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata mereka boleh memberi reaksi dari segi perkhidmatan, frekuensi tren, bas pengantara dan sebagainya kepada Rapid KL sebagai pengendali perkhidmatan melalui talian 03-78852585 atau emel [email protected].

Najib juga berharap perkhidmatan MRT dan bas-bas pengantara di bawah Fasa 1 Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah memanfaatkan pengguna dan penduduk di sekitar kawasan bandar raya.

“Walaupun Fasa 1 Laluan SBK ini telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya, fokus dan kerja MRT Corp sebenarnya masih belum selesai,” katanya menerusi catatan terkini dalam laman blog rasmi beliau www.najibrazak.com.

Katanya, kerajaan telah melancarkan 12 stesen bagi Fasa 1 Laluan SBK pada 15 Disember tahun lepas dan masih berbaki sejauh 30 kilometer yang akan melalui 19 stesen lagi untuk dilengkapkan di Laluan SBK di bawah Fasa 2.


Beliau melihat pembinaan Fasa 2 itu mengikut jadual, kira-kira 95 peratus siap dan yakin ia akan dapat beroperasi menjelang Julai tahun ini.

“Bayangkanlah apabila MRT Laluan SBK siap kelak, betapa meluasnya jaringan pengangkutan awam rel dan bas,” katanya. – BERNAMA

Kategori