Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

2 Lelaki Direman Bantu...

KLANG - Dua lelaki ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi...

11 Maut Pesawat Terhempas...

LONDON - Seramai 11 orang maut apabila sebuah pesawat vintaj tentera terhempas di...

Pelajar Bergaduh Rebut Lelaki...

SUSULAN video viral dua pelajar perempuan yang bergaduh di sekolah, kini dilaporkan salah...

Kedah Ambil Pendekatan ‘Tunggu...

ALOR SETAR - Kedah mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat apa-apa keputusan...

‘Bersemut’… Aeril Hadiah Wawa Tudung Siap Ayat Cinta

KAMI pasti wanita di luar sana bersetuju bahawa pelakon Aeril Zafrel layak dinobatkan ‘Suami Paling Sweet’! Hehe..

Masakan tidak, baru-baru ini tular di laman sosial mengenai kisah Aeril menghadiahkan sehelai selendang ‘custom made’ yang lengkap dengan puisi bait-bait cinta khas buat isteri tersayang, Wawa Zainal.

'Bersemut'... Aeril Hadiah Wawa Tudung Siap Tulis Ayat Cinta
To my lovely wife Wawa. Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai ā€˜bidadariā€™ ku di Syurga kelakā€¦ Jangan kau paling wajahmuā€¦ Jangan kau tutup hatimuā€¦ I love you till Jannah. From Aeril,”
tulis bait-bait cinta itu.

Alahai, kami membaca pun rasa melting! Memang ‘bersemut’ habislah apa yang dilakukan Aeril ini.

Difahamkan, Aeril menghadiahkan seledang yang lengkap dengan namanya dan Wawa itu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima tahun.

Tadaaaa… dia dah pakai dah😊😊Cantik tak shawl yg sy custom made td?? Korang nak jgak ke? Sy boleh buatkan😊😊

A post shared by Actor & Fulltime baby sitter (@aeril_zafrel) on


Meskipun hadiah itu tidaklah mencecah harga ribuan ringgit, tapi pastinya buat aktres jelita itu besar nilainya.

Tidak hairanlah, ramai wanita di luar sana menzahirkan rasa cemburu dengan hadiah diterima Wawa hingga ada yang berharap agar insan yang dicintai membuat perkara yang sama seperti yang dilakukan Aeril. – MYNEWSHUB.CC

Kategori