Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Senggara Segera Tembok Kompleks...

KUANTAN - Dinding Kompleks Teruntum di tingkat empat di sini yang runtuh  semalam akibat tangki airnya pecah perlu disenggara secepat...

Bekas Pengarah JKR Kekal...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan bekas  pengarah Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, di...

66 Premis Makanan Diberi...

SEREMBAN - Sebanyak 66 premis makanan di negeri ini diberi 110 notis kesalahan...

Svenson Perkenal Teknologi Canggih...

KUALA LUMPUR - Pakar penjagaan rambut yang berpusat di London, Svenson memperkenalkan Svenson...

PRK: BN Sedia Hadapi Kemungkinan Hujan, Banjir

LUNDU – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan memastikan pemilih keluar mengundi pada Sabtu ini sekalipun berdepan kemungkinan cuaca hujan serta kejadian banjir.

Pengarah operasinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya akan mengedarkan payung di semua kampung dan penempatan termasuk rumah panjang di 15 pusat pembuangan undi terbabit.

“Kami juga telah meminta pemimpin masyarakat di kawasan yang dikenal pasti berlaku banjir serta penduduk agar menyediakan bot untuk menghantar pemilih ke tempat mengundi. Mereka lakukannya secara sukarela,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menyampaikan anugerah projek pembersihan sungai bernilai RM250,000 kepada jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung.

“Kami benar-benar mahu memastikan pemilih keluar beramai-ramai. Kami mahu majoriti terbesar untuk calon kami Datuk Amar Jamilah Anu dan sebahagian besar pengundi di sini sememangnya penyokong kuat BN,” katanya.

Wan Junaidi berkata pada malam pengiraan undi beliau akan menunggu keputusan PRK itu bersama anak Jamilah, Azizul Annuar Adenan di Dewan Masyarakat Lundu.


“Jamilah pula akan menunggu di kediamannya di Damai Jaya, Santubong memandangkan beliau masih dalam tempoh edah,” katanya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu.

Balu Allahyarham, Jamilah, 61, diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi itu dan beliau dicabar oleh calon Parti Reformasi Negeri serta Parti Bansa Dayak Sarawak Baru. – BERNAMA

Kategori