Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Pengganas, Hanya Pati...

TOKYO - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hanya...

“Nazri, Dengar Sini Baik-Baik”...

KUALA LUMPUR - "Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri!"Itu penegasan bekas...

Allahyarham Ahmad Sobri Dinaikkan...

KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaikkan pangkat Koperal secara 'posthumous' atau...

Pelbagai Usaha Kesan Individu,...

BALING - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mempelbagaikan usaha mengesan individu dan...

BN Kelantan Akan Laksana Pelbagai Program Bersepadu

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melaksanakan pelbagai program secara bersepadu melibatkan pemimpin dan tokoh daripada semua parti komponennya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perpaduan dalam kalangan parti komponen BN di negeri itu yang kini bertambah baik akan digunakan sepenuhnya untuk meraih sokongan pengundi termasuk pengundi bukan Melayu.

“Antara program yang akan melibatkan pemimpin dan tokoh daripada partikomponen BN ialah ceramah di mana mereka akan bersama atas satu pentas,” katanya selepas merasmikan Konvensyen BN Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa berkata BN Kelantan kini diletakkan dalam ‘mood pilihan raya’ dan matlamatnya adalah untuk kembali memerintah Kelantan pada PRU14.

Katanya, hasil daripada konvensyen itu juga akan digunakan bagi menggubal manifesto BN Kelantan untuk PRU-14.


Ditanya persepsi pengundi bukan Melayu terhadap BN khususnya di Kelantan sekarang, Mustapa berkata mereka menunjukkan persepsi yang positif dan usaha mendekati mereka akan digandakan.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya UMNO Kelantan menjalin kerjasama dengan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang disebarkan melalui media sosial. – BERNAMA

Kategori