Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan...

Pantai Kijal Catat Empat...

KEMAMAN : Pantai Kijal di sini merekodkan empat kes kematian penyu susulan penemuan...

Renungan.. Kisah ‘Keajaiban’ Tawakal...

JIKA anda yang membaca ini, sedang berada dalam keadaan sukar kerana dihimpit ujian hidup dan...

Akan Berlaku Ketirisan Subsidi...

LARUT - Manisfesto pembangkang yang mahu memperkenalkan kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada...

Bot Karam: Agensi SAR Bermesyuarat Bincang Operasi

KOTA KINABALU – Agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pelancong jenis katamaran, yang karam ketika dalam pelayaran ke Pulau Mengalum akhir bulan lepas, akan berbincang mengenai hala tuju operasi itu esok.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata ini kerana operasi bagi mencari enam lagi mangsa yang hilang akan memasuki hari ke-10 esok.

“Kami akan bermesyuarat dan APMM akan memajukan syor (berdasarkan mesyuarat itu) kepada ibu pejabat APMM (di Putrajaya) berhubung berapa lama operasi ini akan diteruskan.

“(Bagaimanapun) kami masih mengharapkan satu keajaiban sebab kalau ikut hukum alam, memandangkan esok (operasi) dah 10 hari, keadaan mayat mungkin tidak sempurna seperti mayat yang dijumpai semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, nelayan tempatan menemukan satu mayat wanita berbaju merah dan berseluar hitam yang tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga pada 9.25 pagi.

Adam berkata usaha mencari mangsa yang masih hilang membabitkan kawasan seluas 2,000 batu nautika persegi dengan memberi tumpuan lokasi di mana mayat wanita itu ditemukan.


Pencarian membabitkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei itu melibatkan 15 aset masing-masing 11 kapal dan bot serta empat pesawat.

Menurutnya, kira-kira 50 bot nelayan daripada persatuan nelayan di Kota Kinabalu, Kudat dan Labuan yang menjalankan aktiviti memukat ikan turut membantu dalam operasi itu di kawasan pencarian.

Dalam tragedi 10 pagi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut. – BERNAMA

Kategori