Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Layak Terima...

IPOH - Malaysia tidak layak menerima vaksin percuma dari negara luar termasuk dari...

Mahkamah Tangguh Permohonan NGO...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan sehingga 17 Januari tahun...

Abu Kassim Mungkin Ganti...

BARU sahaja dilantik sebagai ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional...

Sokongan Rakyat Sabah Kepada...

KOTA BELUD - Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yakin sokongan...

Bot Karam: Operasi SAR Akan Diteruskan APMM

KOTA KINABALU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) enam lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah yang masih hilang akan diteruskan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata ini berdasarkan keputusan mesyuarat bersama agensi SAR terlibat yang diadakan pagi tadi.

Adam berkata cadangan bagi meneruskan operasi itu juga telah diajukan kepada ibu pejabat APMM di Putrajaya.

“Pasukan SAR akan meneruskan operasi sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan mengenai hala tuju operasi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Adam berkata operasi yang masuk hari ke-10 itu telah membabitkan kawasan seluas 24,690 batu nautika persegi membabitkan kira-kira 450 anggota APMM, polis, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia sejak dilancarkan 28 Jan lepas.

Mengulas operasi hari ini, Adam berkata ia melibatkan kawasan seluas 2,000 batu nautika persegi serta 13 aset masing-masing 11 kapal dan bot serta dua pesawat.

Operasi pencarian masih melibatkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei, katanya.

Adam berkata persatuan nelayan di Kota Kinabalu, Kudat dan Labuan turut membantu operasi dengan memasang pukat tunda di kawasan sektor pencarian.


“Kira-kira 50 bot nelayan membantu dalam operasi ini dengan memasang pukat tunda di kawasan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga membabitkan kira-kira 400 batu nautika persegi,” katanya.

Menurut Adam, bantuan daripada nelayan tempatan amat diperlukan berikutan penemuan satu mayat wanita dalam keadaan reput tersangkut pada pukat tunda mereka pada Sabtu lalu dalam kawasan perairan berkenaan.

“Berdasarkan mayat yang reput itu, kebarangkalian mayat lain akan timbul agak sukar sebab itu kita bergantung kepada pukat tunda yang dipasang bot nelayan,” katanya.

Adam juga berkata anggota pasukan SAR akan diberikan khidmat kaunseling oleh pakar daripada Hospital Queen Elizabeth.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut. – BERNAMA

Kategori