Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Siti Nordiana Jaga Batasan,...

DRAMA Dia Semanis Honey gandingan aktor Alif Satar dan penyanyi Siti Nordiana yang kini...

Mayat Ditemui Terbakar: 3...

KAJANG : Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Kecederaan Pemain Utama Punca...

PERPINDAHAN Cristiano Ronaldo ke Juventus nampaknya memberi kesan kepada pasukan Real Madrid. Jika sebelum...

Bot Untuk Guru Sabah Berkidmat Di Pulau

SEMPORNA – Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan bot untuk guru-guru di daerah ini yang berulang-alik dari tanah besar ke sekolah masing-masing di kawasan pulau.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan dan kesejahteraan para guru yang banyak melahirkan modal insan berjaya demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.

Beliau berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Warga Pendidik Daerah Semporna di Dewan Bugaya di sini kelmarin yang dihadiri lebih 2,000 guru dan pemimpin tempatan.

Katanya, permintaan kemudahan bot itu disuarakan para guru di daerah ini yang telah mencatatkan prestasi akademik pelajar membanggakan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Terdahulu, Musa berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha mendengar dan menyelami keperluan semua lapisan rakyat termasuk di Semporna dalam pelbagai aspek khususnya pembangunan.


“Di Semporna kita buat Pasar Sejahtera dan Kompleks Sukan semuanya untuk rakyat,” kata Musa.

Pada majlis itu Musa turut menyerahkan Insentif Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 10 buah sekolah rendah bernilai RM50 ribu sebagai galakan kepada sekolah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu. – BERNAMA

Kategori