Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

LDP Sesak, Kenderaan Polis...

SUBANG JAYA - Kehadiran lebih daripada 1,000 masyarakat India yang berkumpul di Kuil...

Risiko Banjir – Penduduk...

CAMERON HIGHLANDS - Penduduk yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Bertam dan Ringlet...

Sambutan Maal Hijrah: Kartunis...

KARTUNIS terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat menerima anugerah...

134 Projek Perumahan Terbengkalai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 134 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Semenanjung dari...

Buaya Di Sg Kg Bukit Tumbuh Adalah Buaya Tembaga

KUALA NERUS – Buaya yang ditemui orang ramai di tepi sungai kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini sejak dua hari lalu adalah jenis buaya tembaga.

Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu Rahmah Ilias berkata sepasukan anggota dari jabatan itu telah membuat tinjauan di kawasan tersebut namun tidak dapat menjejak reptilia itu.

“Biasanya di Terengganu hanya terdapat dua jenis buaya iaitu buaya tembaga dan buaya jejulung. Jabatan ini mengecam buaya itu jenis tembaga berdasarkan gambar yang tular,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Rahmah berkata penemuan buaya di Sungai Terengganu itu bukanlah pelik kerana sungai berkenaan merupakan kawasan habitat reptilia itu.


Berikutan penemuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mengadakan aktiviti di sungai berkenaan supaya lebih berhati-hati dan membuat laporan sekiranya terserempak dengannya.

Isnin lalu, penduduk kampung Bukit Tumbuh, di sini gempar apabila seorang pemancing terserempak dengan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter berlegar-legar di sungai kampung itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

Kategori