Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Apa Dah Jadi Dengan...

KUALA LUMPUR: Isu usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertanding pada pemilihan kali...

Lepas Kutuk PAS, Mahathir...

ZIARAH kubur pada bila-bila masa adalah amalan biasa. Persoalannya kenapa setelah bertahun-tahun lamanya…...

Penyokong PH Buat Kecoh...

PUTRAJAYA - Keengganan ribuan penyokong Pakatan Harapan yang membanjiri Persiaran Perdana, di sini,...

Kes Denggi Meningkat Lebih...

KUANTAN - Pahang mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus kes demam denggi bagi tempoh...

Budak 2 Tahun Terperangkap 1/2 Jam Dalam Kereta

NILAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris sesak nafas setelah terperangkap dalam kereta selepas ditinggalkan bapanya yang mahu menutup pintu rumah sini, pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu di Jalan Timur 5/9, Bandar Enstek, mangsa yang bersendirian di dalam kereta jenis Naza Bistari dipercayai tertekan kunci pintu dan menutup penghawa dingin.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan sedang menutup pintu rumah tidak menyedari keretanya terkunci dan cemas apabila melihat anaknya berada dalam keadaan lemah.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Fauzi Shamri berkata, anggota terpaksa memecahkan cermin pada bahagian pintu belakang untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian, lelaki itu dipercayai mahu membawa anaknya yang demam ke klinik berdekatan.


“Mangsa berjaya diselamatkan namun berada dalam situasi lemah, berpeluh dan sesak nafas ketika diselamatkan,” katanya.

Difahamkan, mangsa berjaya diselamatkan selepas kira-kira setengah jam terperangkap. – MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan.

Kategori