Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kuih Bakul Halal Hasil...

KOTA KINABALU - Setiap kali musim perayaan Tahun Baharu Cina, sudah pasti kuih...

Kemelut Politik, Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada pembukaan dagangan...

Tiada Laporan Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini berkata tiada laporan menyatakan rakyat Malaysia terlibat...

Ahli Perniagaan ‘Belanja’ Minyak...

KUANTAN - Kalangan penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan petrol percuma di Stesen...

Bukan Muka, Tapi Paha Pulak Jadi Tempat Solek

ALAHAI… Macam-macam cara ‘kreativiti’ wanita kini apabila tular menerusi laman Instagram mengenai gaya unik solekan muka di bahagian paha menjadi ikutan ramai.

Dengan menggunakan hashtag yang trending termasuklah #thighmakeup dan #thighface, netizen dapat melihat pelbagai jenis solekan muka tetapi ia sebenarnya berada di bahagian paha.

Bukan Muka, Tapi Paha Pulak Jadi Tempat Solek

Dengar sahaja agak pelik inikan pula melihat bahagian paha disolek membentuk muka manusia.

Perkara ini mula menjadi ikutan remaja pada akhir tahun lalu apabila seorang wanita telah menyolek bahagian peha berbentuk muka dan menjadi ikutan.

Wanita tersebut hanya melukis bentuk bibir, kelopak mata dan kening pada bahagian atas paha.

Walaupun begitu ramai yang memuji kehebatan remaja yang melukis muka di bahagian paha ini kerana dilihat seperti wajah seseorang terletak pada paha.

Bukan Muka, Tapi Paha Pulak Jadi Tempat Solek


Bukan sekadar solekan tetapi ada juga yang melatakkan bulu mata di paha bagi menampakkan ia lebih realistik.

Ada juga yang menganggap cara tersebut sebagai latihan kepada remaja sebelum membuat solekan pada wajah.

Kononnya apabila sudah mahir melukis di peha sudah tentu dengan mudah menyolek wajah mereka pula.

Sebelum ini, remaja perempuan gemar membuat solekan dengan ‘dick liner’ iaitu membuat eyeliner yang dilukis menyerupai bentuk kemaluan lelaki. – MYNEWSHUB.CC

Kategori