Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mufti Perlis Puji Khairy...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin...

MB Pahang Sertai 1000...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob malam ini menyertai 1,000...

3 Majlis Kahwin Anak...

Solo - Majlis perkahwinan putera sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada 11...

Hampir Separuh Menteri Kabinet...

AMSTERDAM – Kabinet keempat Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte yang akan mengangkat sumpah...

Cacing 2 Meter ‘Berumah’ Dalam Usus Keluar Di Mulut

SEORANG lelaki berusia 48 tahun dari Kerala, India mendakwa dirinya berasa lesu dan tidak selesa di bahagian abdomen perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital PVS Memorial Kerala.

Menurut laman berita Russia Today, hasil pemeriksaan kolonoskopi oleh para doktor di hospital terbabit mendapati seekor cacing pita sepanjang hampir 2 meter ‘berumah’ di dalam ususnya.

Mangsa lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu kemudian terpaksa menjalani rawatan khas untuk mengeluarkan parasit tersebut dari dalam ususnya.

Pakar hati di hospital itu, Dr. Cyriac Phillips, memberitahu jurnal LiveScience bahawa cacing itu merupakan yang paling panjang pernah dilihatnya.

Cacing 2 Meter 'Berumah' Dalam Usus Keluar Di Mulut

Tambah Phillips lagi, kaedah yang sesuai digunakan untuk mengeluarkan parasit tersebut adalah menerusi mulut menggunakan forseps dan endoskop.

Difahamkan para doktor di hospital itu mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan keseluruhan cacing yang berukuran hampir 2 meter itu.

Sejurus rawatan itu selesai, mangsa diberikan ubat anti-parasit.

Sebulan selepas menjalani rawatan itu, mangsa disahkan bebas dari parasit tersebut.


Baca: Geli!!! 150 Cacing Dikeluarkan Dari Perut Wanita Ini

Laman US National Library of Medicine menjelaskan bahawa cacing pita boleh tumbuh lebih dari 3.5 meter dan mampu hidup bertahun-tahun dalam usus manusia.

Antara faktor yang menyebabkan jangkitan parasit itu adalah berpunca daripada memakan makanan daging mentah atau tidak masak dairpada haiwan yang dijangkiti parasit tersebut.

Kebiasaannya, segmen-segmen daripada parasit tersebut dijumpai di dalam usus manusia dan jarang sekali keseluruhan badan parasait itu ditemui di dalam badan manusia.

Kes dihadapi oleh lelaki dari Kerala itu merupakan kes yang luar biasa dan jarang berlaku. Malah kes berkenaan pernah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Mediacorp

Kategori