Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Abu Sayyaf Ugut Sembelih...

MANILA - Kumpulan Militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf mengugut untuk menyembelih seorang...

PRU14: Cuti 3,200 Polis...

KUALA TERENGGANU - Cuti kira-kira 3,200 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Terengganu kini...

4 PPS Di Kelantan...

KOTA BHARU: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan tutup hari ini membabitkan...

Penumpang Tak Perlu Lagi...

LABUAN - Perkhidmatan feri antara pulau ini dan tanah besar Sabah dan Sarawak...

Cadang Sekolah Tubuh Jawatankuasa Antiponteng

KUALA NERUS – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan semua sekolah di negeri ini menubuhkan jawatankuasa bagi menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan AntiPonteng itu perlu melibatkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis.

Katanya jawatankuasa itu perlu berperanan untuk mencegah dengan memujuk pelajar yang ponteng untuk kembali ke sekolah dan bukan berkonsepkan menangkap pelajar.

“Penubuhan pasukan itu sebagai kaedah menarik pelajar datang ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan khas persekolahan persekutuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, di sini hari ini.

Seramai 214 pelajar yang berkelayakan menerima bantuan itu, RM100 seorang.


Ahmad Razif berkata, gejala ponteng sekolah dianggap ‘ibu’ kepada masala disiplin dan salah laku pelajar kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti negatif termasuk penagihan dadah.

“Walaupun peratus kes salah laku disiplin dianggap masih rendah tetapi usaha menangganinya perlu dibuat dengan bersungguh dan serius agar gejala itu dapat dibendung sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori