Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Bayang Pengerusi...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi bayangan Pengerusi...

Ubah Bahasa Lagu Negaraku...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata lirik lagu...

Padah Status Balas Komen...

SEORANG pakar gua Britain yang bantu usaha menyelamat 12 ‘budak gua’ di Thailand...

Miliki Mata Biru Jernih,...

KUCING yang diberi nama Coby ini pantas meraih perhatian netizen antarabangsa apabila dinobatkan...

Cara Kejam Maklumkan Kematian Bapa, TV Dikecam

LANGSUNG tidak berperikemanusiaan. Itu kecaman yang diterima oleh sebuah rancangan realiti TV, Kismetse Olur, yang menipu salah seorang peserta wanitanya dengan memberitahu bahawa bapanya sedang sakit meskipun hakikatnya bapa wanita itu telah meninggal dunia.

Kejadian itu disiarkan secara langsung oleh TV Kanal D di Turki, yang turut disaksikan oleh berjuta-juta penonton.

Rancangan Kismetse Olur adalah sebuah program realiti TV untuk mencari jodoh dengan semua peserta berada di dalam satu rumah. Ia bermula apabila salah seorang peserta diminta oleh penerbit untuk menyerahkan satu sampul surat kepada Merve Kovanci.

Sampul itu memaklumkan bahawa bapa Merve, yang menghidap kanser sedang sakit.

Merve kemudiannya keluar dari program berkenaan. Tidak lama kemudian satu lagi sampul surat berwarna hitam telah diberikan kepada peserta lain.


Apabila mereka membukanya, peserta yang mengambil bahagian dalam rancangan itu terkejut dan ternganga mulut apabila diberitahu bahawa bapa Merve sebenarnya meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, ketua program berkenaan telah dikecam hebat kerana mengendalikan insiden berkenaan secara tidak berperikemanusiaan, hanya kerana mahu mengejar ranking.

Ramai penonton yang kecewa dan tidak mahu lagi menyaksikan rancangan realiti yang menjadikan kematian sebagai cara untuk popular. – Mynewshub.cc

Kategori