Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Udin Jawi, Arjuna Diburu

KUALA LUMPUR - Dua lanun warga Indonesia dikenali sebagai Udin Jawi dan Arjuna...

Bukit Broga Bertukar Wajah.....

BAGI yang pernah menjejakkan kaki ke Bukit Broga pasti tergambar keindahan panorama kehijauan...

Tabung Kebajikan Bantu Tiga...

KOTA BHARU - Tragedi pembunuhan tiga beranak di Wakaf Mek Zainab di sini,...

Kempen Hari Hijab Sedunia...

GALAK... Kempen ‘Hari Hijab Sedunia 2019’ yang bertujuan menggalakkan wanita menyuarakan pilihan mereka...

“Chatime Malaysia Guna Bahan Tak Diluluskan”

PUNCA pemegang lesen francais Chatime di Malaysia, Loob Holding dilucutkan hak adalah kerana ‘menggunakan bahan mentah yang didapati bukan sebahagian daripada resepi yang diluluskan’.

Demikian penjelasan syarikat francais induk jenama berkenaan dari Taiwan, La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) berkenaan mengapa pihaknya membatalkan perjanjian dengan syarikat Loob Holding.

Memetik laporan Channel NewsAsia, La Kaffa memberitahu, tindakan itu adalah kesalahan serius berdasarkan perjanjian yang mungkin menjejaskan imej jenama serta menyebabkan kerugian besar kepada pemegang francais.

Selain itu, La Kaffa turut mendakwa Loob Holding juga didapati tidak pernah melunaskan yuran royalti dalam waktu yang ditetapkan.

“Sejumlah wang masih belum dilunaskan kepada La Kaffa dalam satu tempoh, dengan sebahagian daripadanya tertangguh lebih setahun.

“Kami akan lantik firma undang-undang untuk urus hal ini kerana Loob Holding ambil keputusan untuk tidak memberi maklum balas kepada permintaan kami untuk berunding,” kata La Kaffa.

La Kaffa International telah menamatkan kontrak Loob Holding awal bulan ini, walhal kontrak asal sepatutnya tamat pada 2041.


Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo memaklumkan rangkaian kedai di Malaysia di bawah syarikatnya membentuk 50 peratus keuntungan global Chatime sekali gus menjadi pasaran terbesar di luar Taiwan.

Berikutan pelucutan hak francais itu, kesemua 165 cawangan Chatime di negara ini akan melalui proses penjenamaan semula.

Meskipun tidak lagi dikenali dengan nama ‘Chatime’, Bryan memberi jaminan ia akan terus mengekalkan konsep sama seperti sebelum ini selain akan lebih bereksprementasi dengan variasi minuman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori