Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sandra Bullock Dinasihat Jangan...

PELAKON antarabangsa, Sandra Bullock dinasihatkan supaya mempertimbangkan semula keputusannya untuk berkahwin dengan kekasihnya,...

Adnan Minta Selesai Prestasi...

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) perlu mencari jalan penyelesaian terbaik...

Isu Skandal Juwairiya-Amirudin Diurus...

KUALA SELANGOR - Siasatan tuduhan skandal mengaitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit...

Sambutan Hangat, Peniaga Online...

SUSULAN sambutan luar biasa terhadap program SSM-ONE (Online Networking Entrepreneurs) anjuran Suruhanjaya Syarikat...

Chong Wei Sah Beraksi Di All England Mac Ini

KUALA LUMPUR – Meskipun dilanda pelbagai konflik dan kecederaan, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini.

Chong Wei berkata kejohanan berprestij itu kemungkinan adalah terakhir bagi dirinya dan beliau tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut untuk menyaingi pencabar lain biarpun baru pulih daripada kecederaan lutut.

Pemain nombor satu dunia itu yang menjuarai kejohanan itu sebanyak tiga kali bermula 2010, 2011 dan 2014 akan membuat penampilan pertamanya tahun ini selepas Kejohanan Siri Super Akhir Dubai, Disember lepas.

“Kemungkinan All England kali ini adalah yang terakhir…jadi saya akan memaksa diri saya untuk melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Chong Wei disenaraikan sebagai pilihan utama dalam undian acara perseorangan lelaki pada kejohanan All England manakala pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebagai pemain pilihan kedua.

“Bagi diri saya paling penting adalah untuk mendapat semula suasana pertandingan di gelanggang kerana masih ada beberapa kejohanan penting selepas ini,” katanya yang mengalami kecederaan ligamen lutut kiri akibat tergelincir ketika latihan di ABM pada 4 Feb lepas.

Mengenai kecederaanya, Chong Wei berkata walaupun tidak pulih seratus peratus tetapi beliau telah mendapat kebenaran daripada doktor, pakar fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), Sandra Fiedler serta jurulatih untuk beraksi di All England kali ini.


“Masih ada rasa kesakitan. Masih ada rasa fobia (ketika latihan) tetapi saya yakin boleh atasi perasaan itu dan pemikiran saya perlu fokus untuk kecergasan diri sendiri.

“Sekarang ini persediaan mental perlu diberi penekanan,” katanya.

Dalam saingan All England, Chong Wei dijangka tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain daripada pusingan kelayakan pada pusingan pertama, dan dijadual berdepan Wei Nan dari Hong Kong atau Wang Tzu Wei (Taiwan) pada pusingan kedua.

Sekiranya, berjaya melepasi dua pusingan itu, Chong Wei dijangka berdepan bintang baharu China, Tian Houwei di suku akhir sebelum menentang musuh utama, Chen Long dari China di separuh akhir. – BERNAMA

Kategori