Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelancong Terpegun Keindahan Masjid...

PUTRAJAYA – Keindahan dan keunikan seni bina Islam Masjid Putra di sini yang dikatakan...

Anggota Polis Maut Kereta...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di...

Pengacara JJCM TV3 ‘Hina’...

KEJADIAN kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di ibu negara semalam adalah...

Honda Thailand ‘Surprise’ Peminat...

MODEL Honda City 2017 dengan reka bentuk terbaru telah tiba di Thailand, di mana pendaftaran...

Curi Blazer, Pekerja Restoran Dipenjara Sehari, Denda RM500

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja restoran makanan segera dipenjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sehelai blazer milik sebuah kedai pakaian, dua hari lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusmisyahrizan Yusuf, 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri blazer berharga RM300 di kedai pakaian Burton Menswear di NU Sentral, Brickfields, di sini, pada 8 malam, 31 Jan lepas.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap pada 31 Jan lepas dan akan dipenjara 10 hari lagi jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.


Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira keseriusan dan kekerapan jenayah curi manakala tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana dia penanggung utama keluarga. – BERNAMA

Kategori