Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Akan Panggil VIP...

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan memanggil beberapa orang kenamaan (VIP)...

Presiden PAS Kecam G25...

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu berwaspada dengan pihak di Malaysia yang menolak...

Ubah Pelan Stesen MRT,...

PUSAT beli-belah yang terawal dibina di ibu kota, Ampang Park mungkin tidak akan...

Lapor Salah Laku Anggota...

KUALA LUMPUR - Mulai hari ini anggota polis yang melanggar disiplin tidak akan...

Dakwa Malaysia Bersubahat Penghinaan Besar

JAWAPAN DARIPADA YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN, MENTERI LUAR NEGERI KEPADA KENYATAAN AKHBAR OLEH TYT DUTA BESAR REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA KE MALAYSIA BERKAITAN DENGAN KEMATIAN SEORANG RAKYAT REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA DI MALAYSIA

1. Pada 20 Februari 2017, Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea ke Malaysia telah mengedarkan satu kenyataan akhbar. Kenyataan akhbar tersebut mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian seorang warganegara negara tersebut yang berlaku pada 13 Februari 2017.

2. Tuduhan-tuduhan tersebut, yang bersandarkan khayalan, pembohongan dan perkara yang hanya separuh benar, telah menjadi asas kepada kesimpulan Duta Besar tersebut bahawa “penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir” dan “penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari saspek, tetapi bermotifkan politik”.

3. Apabila Duta Besar dipanggil (summoned) oleh Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal-Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa. Ia juga telah dijalankan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan Malaysia.

4. Apa jua tohmahan yang dibuat yang menyangkal hakikat ini, ataupun apa jua tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.

5. Penyiasatan polis tersebut adalah berdasarkan kesemua petunjuk (leads) yang ada. Petunjuk-petunjuk ini akan disiasat sepenuhnya. Petunjuk-petunjuk tersebut mungkin melangkau, dan di dalam sesetengah kes, tidak ada hubung kaitnya dengan maklumat yang diberi pihak kedutaan mahupun entiti-entiti lain.


6. Di mana-manapun negara yang bertamadun, adalah menjadi amalan bahawa kes sedemikian rupa akan disiasat secara sekomprehensif mungkin. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat demikian. Pihak awam juga akan menuntut perkara yang sama. Oleh yang demikian, maklumat kepada umum telah diberi apabila perlu.

7. Adalah juga menjadi kelaziman bagi pihak kedutaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negara hos untuk memastikan bahawa penyiasatan yang dijalankan adalah serapi mungkin, dan bukannya untuk menimbulkan syak-wasangka terhadap penyiasatan tersebut.

Menteri Luar Negeri
PUTRAJAYA
20 Februari 2017

Kategori