Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Laporan Awal Nahas MH17...

Pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang...

Penerjun Negara, Pandelela Rinong...

PENERJUN negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan...

Pendakwaan Muhyiddin Bukan Serang...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah...

Gaya Selebriti Di Karpet...

SEBELUM ini selebriti-selebriti Hollywood telah bergaya di karpet merah pada acara anugerah pertama bagi...

Dana Mewah Rahsia Kim Jong-nam Punca Bunuh?

SEOUL – Spekulasi bertiup kencang di Korea Selatan susulan kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada Isnin lalu yang dikaitkan dengan isu perebutan harta.

Akhbar berpengaruh, The Korea Times memetik sumber boleh dipercayai malah mendedahkan bahawa adik tirinya, Kim Jong-un sendiri yang mengarahkan pembunuhan misteri tersebut di terminal Klia2, Sepang, Selangor.

Khabar angin mendakwa, Jong-nam dibunuh akibat konflik berhubung sejumlah besar wang diwarisi daripada bapa mereka, Kim Jong-il selain beberapa lagi dana mewah rahsia diuruskan bapa saudara mereka, Jang Song-thaek.

Lebih malang, akibat isu tersebut, Jong-un tergamak mengarahkan Song-thaek yang ketika itu Duta Besar Korea Utara di Malaysia dipanggil pulang dan dihukum bunuh dengan peluru berpandu antipesawat pada akhir 2013.

“Para peniaga Korea Utara di China memanggil Jong-nam sebagai seorang ‘pemain’ besar di Macau,” kata sumber dipetik agensi berita rasmi Yonhap pada Khamis sekali gus menggambarkan betapa kuat pengaruh abangnya itu.

“Namun selepas Song-thaek ditembak mati, barulah rahsia kekayaaan pak cik mereka di seberang laut diserahkan kepada Jong-nam pula yang sebenarnya antara wasiat peninggalan Jong-il sebelum meninggal dunia pada 2011.”

Sumber itu berkata, selaku anak lelaki tertua, dia turut mewarisi “banyak wang” daripada bapanya yang berasa kasihan setelah Jong-nam diusir ke luar negara pada 2001 sekali gus terkeluar daripada penerima pusaka keluarga.

Beberapa penganalisis politik tempatan mendakwa, Jong-un pernah mengarahkan Jong-nam pulang ke Pyongyang dengan membawa balik semua wang disimpannya di sebuah bank Macau, tetapi arahan itu diabaikan abangnya.

Wang itu sepatutnya digunakan bagi menampung krisis kewangan Korea Utara setelah disisihkan komuniti dunia ekoran sekatan ketat ekonomi sebagai tindak balas atas kedegilan Pyongyang menjalankan ujian senjata nuklear.

Keengganan Jong-nam mematuhi arahan rejim itu mengakibatkan Jong-un berasa marah yang amat sangat, sekali gus mengarahkan pembunuhan tersebut sejak lima tahun lalu malah hampir berjaya dilakukan di Macau pada 2012.

Baca: Seoul Dakwa Ejen Pyongyang Bunuh Kim Jong-nam

Juga: 2 Suspek Wanita Bunuh Kim Jong-nam Cuma Kaldai?

Mengapa Suspek Bunuh Mudah Ditangkap?

Misi rahsia itu dilaksanakan Jeongchalchong-gug atau Reconnaissance General Bureau (RGB), agensi perisikan Korea Utara yang terkenal dengan operasi khas termasuk melakukan pembunuhan terhadap mana-mana tokoh.

RGB ada enam biro termasuk Biro 212 atau divisyen perang siber yang pernah menggemparkan dunia pada 2015 apabila berjaya menggodam jaringan sistem pelayan komputer di Amerika Syarikat dan lumpuh beberapa hari.


Pengarah Perisikan Kebangsaan Korea Selatan, Lee Byung-ho pada Rabu turut mendedahkan percubaan bunuh Jong-nam dilakukan kerana ‘ketakutan perasaan’ amat sangat Jong-un terhadap abangnya bermula 2011 lalu.

Pendapat itu turut dipersetujui seorang penyelidik kanan Insititut Sejong di sini, Hong Hyun-ik ketika ditemu bual stesen radio: “Apabila Jong-nam hidup dalam buangan di China, dia membawa bersama banyak wang dana rahsia.”

Isu perebutan wang pusaka mewah itu menjadi antara sebab membawa kepada pembunuhan Jong-nam meskipun mendiang langsung tidak berminat dengan politik Korea Utara atau mengambil tahu pemerintahan kejam adiknya.

Dalam pada itu, agensi berita Jiji Press di Jepun membangkitkan spekulasi bahawa Jong-nam dibunuh disebabkan khabar angin menyatakan beliau mahu mewujudkan kerajaan Korea Utara dalam buangan dan menjadi pemimpin.

Ada pihak mendakwa kononnya Jong-nam merancang menumbangkan rejim Korea Utara dengan kerjasama sulit bersama-sama Song-thaek dan bantuan daripada pihak berkuasa China selepas Jong-un menggantikan Jong-il.

Sumber perisikan Seoul mendakwa, ia sekali gus menjawab teka-teki bagaimana Jong-nam ‘selamat’ apabila berada di China kerana beliau sentiasa dilindungi pemerintah Beijing sehingga mampu bekerjasama dalam isu ekonomi.

Pada masa sama, pakar-pakar politik antarabangsa turut ‘hairan’ dengan hubungan Pyongyang-Beijing menjadi begitu teruk setelah Jong-un berkuasa meskipun dua negara berjiran itu mengamalkan sistem politik komunisme.

Namun ada penganalisis perisikan mendakwa, pembunuhan Jong-nam berlaku akibat ‘saingan’ sengit antara RGB dan Kementerian Keselamatan Negara bagi membuktikan tahap kesetiaan dua agensi tersebut ke atas Jong-un.

“Ini mungkin boleh diragui tetapi kes pembunuhan individu berprofil tinggi tidak mungkin dilakukan tanpa izin Jong-un,” jelas seorang penyelidik di Institut Sejong, Cheong Seong-chang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori