KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi penerangan kepada orang ramai tentang faktor perkhidmatan itu perlu dihentikan.
Menerusi tweet yang dimuat naik beliau awal pagi Rabu, Tiong Lai tetap dengan pendirian untuk mengharamkan perkhidmatan itu atas faktor keselamatan penumpang.
No #DegoRide.Risk of fatality&serious injury on motorcycle 48x higher than by bus &6.2x higher than by car 4 same distance- @mirosroadsafety
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) February 22, 2017
Katanya, Dego Ride mempunyai risiko kematian dan kecederaan serius kepada penunggang kerana motosikal adalah 48 kali ganda lebih tinggi berbanding bas dan 6.2 kali ganda lebih bahaya berbanding kereta yang bergerak dalam jarak sama.
Sebelum ini, Tiong Lai berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 serta Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.
Katanya, walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC