Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selepas Lawat Israel, Netanyahu...

GAZA : Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk...

Pasangan Orang Asli Tinggalkan...

MARAN - Kegigihan sepasang suami isteri Orang Asli untuk menyara keluarga, menyebabkan mereka...

Mohd Na’im Ketua Hakim...

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet,...

Azan Subuh 2 Kali...

KUANTAN - Semua masjid dan surau di Pahang diarah melaksanakan laungan azan sebanyak...

Denggi: 9 Atlet, Seorang Kakitangan MSN Stabil

KUALA LUMPUR – Sembilan atlet dan seorang kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dirawat akibat denggi dilapor berada dalam keadaan stabil dengan enam daripada mereka dirawat sebagai pesakit luar manakala tiga lagi masih dirawat di hospital.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan media bersama MSN berkata atlet yang masih menerima rawatan ialah seorang atlet renang berirama yang dirawat di Hospital Seremban manakala dua atlet berbasikal masing-masing dirawat di Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam.

Seorang kakitangan MSN yang masih dirawat di Hospital Serdang juga berada dalam keadaan stabil.

Menurut kenyataan itu, pemantauan secara mingguan dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua zon yang mempunyai kes denggi meneruskan kerja-kerja pembersihan ‘larvaciding’ dan ‘fogging’ secara berkala sebagaimana sepatutnya.


“Zon berkenaan adalah zon satu melibatkan kawasan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN), zon dua (kawasan tapak pembinaan Bandar Sukan Kuala Lumpur), zon tiga (Sekolah Sukan Bukit Jalil), zon empat (kawasan tapak pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia) dan zon lima (sekitar Sungai Kuyoh),” katanya.

Kawasan liputan pembanterasan diperluaskan lagi dengan pewujudan zon enam yang meliputi Bukit Komanwel, Extreme Park, Lapangan Golf Kompleks Sukan Negara dan Auto City. – BERNAMA

Kategori