Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Terpengaruh Kempen Di...

KEMAMAN - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan kempen menerusi media sosial yang...

Sultan Ibrahim Perkenan DUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memperkenankan Dewan Negeri...

3,251 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA ā€“ Sebanyak 3,251 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun sedikit...

Penganggur Didenda RM6,000 Lakukan...

BALIK PULAU - Akibat melakukan pelbagai kesalahan trafik selama tempoh 10 tahun, seorang...

“Dewi Mazu Suruh Saya Bogel” – Dakwa Lelaki Ini

ALAHAI… seorang wanita yang tinggal di pangsapuri di Relau, George Town, Pulau Pinang terkejut besar apabila melihat seorang lelaki bogel sedang berlegar-legar di koridor kira-kira jam 1 pagi.

Dalam kejadian pada Rabu lalu itu, lelaki berkenaan dikatakan tidak mengendahkan wanita tersebut dan terus berjalan di aras dua bangunan sambil memegang kipas.

Pelik bercampur cemas, wanita berkenaan kemudian menghubungi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memaklumkan insiden itu.

Pengerusinya, Frankie Kee yang juga pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Terubong, Yeoh Soon Hin berkata, anggotanya dimaklumkan perkara itu telah mendapat bantuan pihak polis.

“Lelaki itu masih berada di bangunan itu ketika tiga anggota kami dan pihak polis tiba di tempat kejadian.

“Dia memberitahu bahawa Dewi Mazu yang memberitahunya supaya berbogel.

“Kami cuba memujuknya supaya memakai baju tetapi tidak berkesan.


“Bagaimanapun, apabila salah seorang anggota kami berlakon seolah-olah dirasuk Mazu, barulah lelaki itu ikut permintaan kami dan memakai bajunya.

“Dia kemudiannya dibawa polis,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan laporan insiden tersebut.

Difahamkan,Ā lelaki berusia 38 tahun itu telah dihantar ke hospital psikiatrik Jalan Perak untuk pemantauan.

  • Lagi berita berkaitan:
  • bogel

Kategori