Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mesti Tengok! Gambar Zaman...

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon berwajah tampan dan berbadan sado serta amat...

Najib Sudah Ada Calon...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun...

Tinggal Dalam Hutan Bosan...

BOSAN dengan isteri yang kuat membebel, lelaki ini mempunyai cara untuk mengelakkan bebelan...

Serpihan Di Mozambique Hampir...

PUTRAJAYA - Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia...

Diheret Ke Lokap Akibat Sebut ‘Bom’

KOTA KINABALU – Luahan perkataan “bom”, barangkali hanya untuk gurauan, rupa-rupanya membawa padah buat seorang lelaki yang bakal menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Bandar Seri Begawan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) awal hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu diheret dan ditahan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di sini untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata lelaki yang berasal dari Sarawak dan berstatus pemastautin tetap Brunei Darussalam ditahan selepas kakitangan MAS membuat laporan di balai polis KKIA, kira-kira jam 8.03 pagi.

“Suspek mengeluarkan perkataan ‘bom’ ketika ditanya oleh pengadu sama ada terdapat barang berbahaya dalam bagasinya ketika mendaftar masuk bagasi serta pemeriksaan keselamatan,” kata Chandra dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas bagasi suspek bagaimanapun tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. – BERNAMA

Kategori