Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Almarhum Sultan Ahmad Shah...

PEKAN - Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum...

Najib Tiba Di Sabah...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah...

Writing

A trusted essay writing company is going to have huge collection. By calling...

LHDN Benarkan Tangguh Bayaran...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh...

Doktor Keluarkan Lipas Hidup Dalam Hidung

CHENNAI – Seorang wanita di India yang tiba-tiba mengalami gatal di bahagian hidung terkejut selepas doktor mengeluarkan seekor lipas yang masih hidup di dalam rongga berkenaan.

Selvi, 42, yang tinggal di Injambakkam di sini berkata, dia terbangun daripada tidur pada Selasa lalu selepas hidungnya terasa sangat gatal.

“Pada mulanya saya menyangka mungkin saya selesema tetapi apabila hidung mula tersumbat, saya segera ke sebuah hospital swasta,” katanya.

Menurutnya, dia dirujuk hampir dua hospital tetapi doktor masih gagal mengesan dan mengeluarkan objek asing di dalam hidungnya.

Bagaimanapun, pada pagi Rabu, Selvi mengalami kesukaran bernafas menyebabkan dia segera dikejarkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Stanley.

Doktor yang menggunakan alat endoskop akhirnya berjaya menemui haiwan yang mempunyai dua sesungut di dalam hidung wanita itu.

“Ia seekor lipas. Serangga itu berada di rongga hidung di antara mata dan berhampiran otak.


“Serangga ini masih hidup dan kelihatan enggan keluar dari rongga hidung pesakit,” kata Dr. M. N. Shankar.

Menurutnya, ketika ditarik keluar, serangga itu menggunakan kakinya yang berduri untuk melekat pada tisu di dalam rongga berkenaan.

Tambahnya, selepas berusaha selama 45 minit, akhirnya lipas itu berjaya dikeluarkan.

“Kami sebelum ini pernah mengeluarkan lintah, kapur dan pelbagai lagi dari rongga hidung pesakit, tetapi ini adalah kali pertama kami menemui lipas sebesar ini,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Kategori