Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

6 Individu Dipanggil Kes...

KUALA LUMPUR - Polis memanggil enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian...

Gempa Nepal: 1,000 Warga...

KATHMANDU - Kira-kira 1,000 warga Eropah masih lagi hilang di Nepal, genap seminggu...

Ajal 3 Motosikal ‘Terbang’...

Melaka : Seorang maut manakala dua cedera sejurus tiga motosikal ditunggangi mereka terbabas...

Rusia Lancar Agensi Berita...

MOSCOW – Mungkin belajar daripada kelemahan liputan insiden pesawat MAS MH17 ditembak jatuh...

Dua Bot Nelayan Vietnam Ditahan Di Sandakan

SANDAKAN – Dua bot nelayan Vietnam bersama 29 kru dan tekong ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas dikesan menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Billiean dekat sini, semalam.

Pegawai Memerintah Kapal KM Rumbia, Leftenan Komander Maritim, Mohamed Yusoff Mohamed Ali berkata dua tekong serta 27 kru warganegara Vietnam berusia antara 22 hingga 55 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri serta surat kebenaran menangkap ikan dalam perairan negara.

Katanya, kapal peronda APMM, KM Libaran menahan bot nelayan tersebut selepas mengesan kehadiran mereka di kawasan perairan itu pada pukul 12.34 tengah hari.

Menurutnya, ketika cuba diperiksa, kedua-dua bot nelayan itu cuba melarikan diri ke arah perairan Filipina sebelum dikejar selama 50 minit.

“Bot nelayan itu turut melanggar beberapa kali kapal KM Libaran bagi mengelak ditahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Mohamed Yusoff berkata bot pertama dengan seorang tekong dan 12 kru berjaya ditahan pada pukul 1.52 tengah hari manakala bot kedua dengan seorang tekong dan 15 kru ditahan 20 minit kemudian,.

Katanya, tekong dan kru dua bot nelayan itu ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Kategori