Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Presiden FIFA Dilempar Wang...

PRESIDEN FIFA, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan apabila dilempar dengan wang kertas palsu ketika berlangsungnya...

Semoga PM Berani Melawan...

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi "warning" kepada UMNO supaya jangan mudah...

BR1M Bukti Prihatin Golongan...

TENOM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan rakyat berpendapatan rendah diberi perhatian...

GAMBAR: Ribuan Polis Terlibat...

Satoru Nomura, 67, ialah ketua kongsi gelap Yakuza Kudokai.Baru-baru ini beliau ditahan kerana...

Dua Lelaki Didakwa Culik Datuk, Tuntut RM19 Juta

KUANTAN – Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan culik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta, hampir dua tahun lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ang Boon Leong, 39, dan Lim Sin Chye, 44, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama-sama dua orang yang telah dituduh dan tiga lagi yang masih bebas melarikan dan mengurung secara salah mangsa, Datuk Chin Yoke Choon, 54.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique B2-34, Jalan Indera Mahkota 7/1, Bandar Indera Mahkota di sini, pada pukul 5.55 petang, 26 Disember 2015.

Mengikut fakta kes, mangsa, seorang pengarah eksekutif syarikat pasar raya besar, hartanah dan pembinaan diculik sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis yang menaiki ‘kereta peronda’.

Kedua-dua tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Noor Zaihan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh itu turut dihadapkan di Mahkamah Sesyen secara berasingan iaitu Ang di Mahkamah Sesyen 4 manakala Lim di Mahkamah Sesyen 1 atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang iaitu Geng William.


Bagaimanapun, Lim mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Unaizah Mohd manakala Ang pula mengaku salah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Lim dituduh melakukan kesalahan itu antara awal Julai 2015 hingga 4 Februari lepas manakala Ang pula didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara Mei 2015 hingga 21 Januari lepas.

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Unaizah dan Siti Aminah masing-masing menetapkan 28 Februari ini sebagai sebutan semula kes untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi selain menunggu keputusan laporan kimia serta DNA.

Ang dan Lim tidak dibenarkan diikat jamin berikutan penahanan itu dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala kedua-dua tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori