Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dokumentari Khas Hasbullah Awang...

PEMERGIAN Datuk Haji Hasbullah Awang pada 12 Februari lalu pastinya amat dirasai ramai...

Malaysia Tekad Capai Tahap...

LONDON - Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes...

Rasuah: Koperal Polis Mengaku...

IPOH - Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Tengku Maimun Ketuai Pendengaran...

PUTRAJAYA : Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima...

2 Sindiket Pengedaran Dadah Berjaya Ditumpaskan

KOTA BHARU – Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda (Methamphetamine) dan Eramin 5 di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Rantau Panjang, Pasir Mas semalam dan hari ini.

Hasil serbuan di dua kawasan terbabit, polis menahan dua lelaki berumur 25 dan 57 tahun serta merampas 1,781 biji pil kuda serta 1,200 biji Eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berumur 57 tahun dan merampas 581 biji pil kuda yang disembunyikan di bahagian enjin kereta yang dinaiki suspek di tepi Jalan Jelawang-Kuala Balah, Dabong, pada pukul 4.45 petang semalam.

“Suspek dipercayai dari sindiket “Pok Heng” berasal dari negara jiran (Thailand) adalah seorang buruh dan dipercayai bekerja sambil membekalkan dadah kepada penagih di sekitar kawasan Dabong,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan menemui 1,200 pil Eramin 5 dan 1,200 biji pil kuda dalam sebuah rumah di Kampung Parit Air, Rantau Panjang pada pukul 1 pagi tadi.


Katanya suspek berkenaan dipercayai daripada sindiket “Pok Nan” dan bergiat aktif mengedar dadah sejak lima bulan lalu di sekitar Rantau Panjang.

Beliau berkata ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek itu didapati negatif dadah dan kini mereka ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori