Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Akhirnya Syamsul Yusof Mengaku...

Kuala Lumpur : Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah...

Abdul Hadi Puas Hati...

GEMBIRA... Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands jadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang...

Mahathir Ditempelak Buat Pusingan...

TELUK INTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Tun Dr. Mahathir...

Semua Pekerja Restoran Nyanyuk...

ANDA tentu akan marah jika lain yang dipesan, lain yang dibawa oleh pelayan...

Duta Korea Utara Mungkin Berdepan Hukuman Tembak

DUTA Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang semalam membidas pihak berkuasa Malaysia dalam penyiasatan kematian Kim Jong-nam, berkemungkinan akan berdepan hukuman tembak mati di negaranya.

Perkara itu didedahkan bekas duta besar Malaysia ke China, Datuk Dennis Ignatius yang mengatakan hukuman itu mungkin berlaku sekiranya Kang Chol gagal memperlihatkan ketegasan dalam mewakili rejim Pyongyang.

“Sekiranya beliau tidak tampak bersungguh-sungguh dan teliti dalam mempertahankan rejimnya, beliau mungkin menerima nasib sama seperti duta sebelum ini yang ditembak oleh pasukan skuad penembak selepas dipanggil balik dari Kuala Lumpur,” katanya memetik laporan Free Malaysian Today.

Duta Korea Utara Mungkin Berdepan Hukuman Tembak

Dennis difahamkan mempunyai lebih tiga dekad pengalaman diplomatik, dan mewakili misi Malaysia ke Beijing, China pada 1980-an yang turut bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Utara.

Kemungkinan ditembak itu wujud berikutan insiden yang pernah berlaku, di mana pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh rejim Korea Utara.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song-thaek, bapa saudara diktator Korea Utara, Kim Jong-un. Song-thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013.


Dennis berkata kebimbangan ini menyebabkan Kang Chol terpaksa mengambil pendekatan lebih drastik dengan mengecam Malaysia.

“Susah membayangkan beliau meneruskan jawatannya… Itulah bahaya yang menunggu kakitangan perkhidmatan diplomatik Korea Utara,” tambahnya.

Semalam, Kang Chol yang selama ini enggan bercakap kepada media, membacakan kenyataan akhbar membidas kerajaan Malaysia, sambil berkata pihaknya tidak yakin dengan sebarang penyiasatan terhadap Jong -nam, abang tiri diktator Jong-un, yang dipercayai dibunuh oleh ejen upahan Pyongyang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori