Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Beri Peluang Kepada Najib,...

JAKARTA - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta Tun Dr Mahathir Mohamad...

Mayat Wanita Warga Emas...

PUTRAJAYA - Seorang wanita warga emas ditemukan mati dipercayai akibat sakit tua dalam...

Covid-19 Sayang Manusia, Guna...

PUTRAJAYA - Virus koronavirus (Covid-19) sangat menyukai dan menyayangi manusia.Perkara itu didedahkan Menteri...

Cuti Peristiwa Di Pahang...

KUANTAN - Jabatan Pendidikan Pahang mengingatkan cuti peristiwa yang diumumkan kerajaan negeri tidak...

Duta Malaysia Ke Korea Utara Selamat Sampai Di KLIA

SEPANG – Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad yang dipanggil pulang pada Isnin lepas untuk proses perundingan, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.

Beliau tiba dengan penerbangan Malaysia Airlines MH0361 dari Beijing pada 9.37 pagi bagaimanapun berjaya mengelak daripada bertemu pihak media yang menunggu di dua pintu keluar iaitu di balai ketibaan antarabangsa dan bilik VIP.

Pesawat yang dinaiki beliau berlepas dari Beijing pada 1.30 pagi dan pada awalnya dijadual mendarat di KLIA pukul 8 pagi.

Wakil media yang menunggu sejak 6 pagi tadi akhirnya dimaklumkan oleh petugas lapangan terbang dan sumber lain bahawa Mohamad Nizan sudah meninggalkan KLIA.

Isnin lepas, Wisma Putra memanggil pulang duta besar itu dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kang Chol dilaporkan telah memberi gambaran kononnya kerajaan Malaysia mempunyai ‘sesuatu untuk disembunyikan’ dan mendakwa Malaysia ‘berpakat dan bersekongkol dengan kuasa luar’ dalam kes kematian Jong-nam.


Pada 13 Februari lalu, Jong-nam yang berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau telah ditekup mukanya oleh seorang wanita dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari lalu, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas lapangan terbang, dan diberi rawatan awal di klinik di situ susulan kejadian ditekup muka itu. – BERNAMA

Kategori