Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tergamak Potong Puting Payu...

KEJAM….seorang lelaki mengaku salah atas tuduhan memotong puting payu dara kekasihnya dengan sebilah...

Cabul: Shahidan Sah Beri...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini tampil...

MAB Nasihat Waspada Laman...

AWAS... Selepas jirannya, Singapore Airlines (SIA) keluar amaran kepada pelanggan agar waspada laman...

ATM Ambil Alih Operasi...

KUALA LUMPUR - Tim Operasi Starlight -1, kumpulan pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

EAIC Siasat Kematian Tahanan Polis

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menyiasat kes kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Sabtu lalu.

EAIC berkata ia telah membentuk pasukan penyiasat untuk antara lain mengenal pasti sama ada wujud kejadian salah laku termasuk perlakuan jenayah oleh pegawai polis semasa mengendalikan tahanan itu.

Ia berkata tahanan berkenaan M. Thanaseelan, 43, ditangkap bersama dua individu lain pada 22 Feb lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pencerobohan/pecah rumah.

EAIC dalam satu kenyataan berkata dia didapati tidak sedarkan diri di dalam lokap kira-kira 1.50 pagi pada 25 Februari dan disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan bertugas dengan bedah siasat dilakukan pada 27 Februari di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan akan dijalankan dengan komprehensif, telus, tanpa prejudis dan tidak berpihak kepada sesiapa,” kata suruhanjaya itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • EAIC

Kategori