Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Penghantaran Powerbank...

Bermula 1 November ini, Pos Malaysia tidak lagi akan menyokong penghantaran yang menyertakan...

Bella-Nazim Masih Rahsiakan Tarikh...

KISAH perhubungan pelakon tinggi lampai, Bella Dally dengan Nazim Othman bukan lagi rahsia dalam...

Pelanggan CJ WOW SHOP...

CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah inovatif dijangka mencapai sejuta pelanggan menjelang September ini...

Majlis Belia Malaysia Puji...

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan Indeks...

Ejen Perjalanan Malaysia Tidak Kenal Suspek

KUALA LUMPUR – Beberapa ejen perjalanan Malaysia yang menjual tiket penerbangan ke Korea Utara berkata mereka tidak pernah mendengar nama atau bertemu seseorang dari negara itu yang bernama Kim Uk-il.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenal pasti pekerja Air Koryo, Uk-il, 37, sebagai seorang daripada suspek di sebalik pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

“Kami tak pernah berhubung dengan sesiapa dari Korea Utara dan oleh itu tidak biasa dengan nama itu,” kata seorang petugas jabatan jualan tiket dengan sebuah agensi perjalanan yang berpejabat di Kuala Lumpur apabila dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Khalid berkata Uk-il dan seorang lagi suspek, Hyon Kwang-song, 44, yang dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, dipercayai masih berada di negara ini.

Kes Jong-nam: Ejen Perjalanan Malaysia Tak Kenal Suspek

Air Koryo adalah syarikat penerbangan milik negara Korea Utara yang beribu pejabat di Sunan-guyok, Pyongyang.

Berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang Sunan, syarikat itu mengendalikan perkhidmatan berjadual dan sewa khas ke beberapa tempat di Asia seperti Beijing dan Shenyang di China.

Air Koryo pernah mengadakan penerbangan dua kali seminggu ke Kuala Lumpur dari Pyongyang pada Isnin dan Khamis menggunakan pesawat jenis TU-204 Next Generation Tupolev yang mempunyai 142 tempat duduk.

Media tempatan melaporkan Air Koryo pertama kali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 18 April 2011.

Bagaimanapun, seorang jurucakap KLIA mengesahkan lapangan terbang itu tidak lagi memberi perkhidmatan kepada Air Koryo kerana perkhidmatan syarikat penerbangan itu telah ditamatkan.


Sementara itu, menurut ejen perjalanan Malaysia yang ditauliahkan di sini dan tersenarai dalam laman sesawang North Korea Tourism, Air Koryo tidak mempunyai pejabat di Malaysia.

“Air Koryo tidak mempunyai pejabat di Malaysia, tapi tiket bagi perjalanan bukan secara terus ke Pyongyang boleh dibeli daripada syarikat kami,” kata seorang staf jabatan jualan tiket ejen perjalanan itu.

Satu lagi ejen perjalanan tersenarai berkata untuk sampai ke Pyongyang, penumpang dari Kuala Lumpur perlu membuat persinggahan di China sebelum mengambil penerbangan sewa khas Air Koryo untuk ke Pyongyang.

Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.

Sebelum itu, dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) kira-kira pada 8 pagi untuk menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi racun.

Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. – BERNAMA

Kategori